Kali ni nak bahasakan diri ni
nolie lah..lebih comel kan..baru sesuai dgn tuan nya (wahahahha..masuk bakul angkat sendiri nampak)..ok, nak cerita tentang barang hantaran lak..nolie dengan tunang dan plan nak beri barang apa sebenarnya..Nolie bagi 9 dulang n dia bagi nolie 7 dulang. x nak byk2 sgt dulang, nanti ramai sgt lak dayang2 kene angkat hantaran tu semua..Tapi barang kalau nak beri lebih tak apa, boleh gabungkan barang dalam 1 dulang kan :). Hantaran nolie, nak buat sendiri lah macam tunang dulu.Save skit bajet berbanding tempah. Apa design nak buat untuk hantaran kali ini ekk? ape lak temanya? Oleh kerana baju nikah dan beadsnya warna pink, nolie nak hantaran pun warna pink jugak..(pink lg..tak de color lain ke cik nolie oitttt..)
design lak??
comel tak bekas hantaran ni?macam pumpkin hehe..tapi standby lerrrr duit lebih tuk beli bekas neh..x payah lerrrr..mahal tau. Bazir jek kan kan kan.
ni simple tp nampak sweet kan? org kate '
less is more' hehe..
hurm..design akan ditentukan kemudian.skarang masih fikir and survay :)..Ok, apa barang yang nolie nak bagi untuk En. tunang nolie ni ekk..
jam tangan + cermin mata (transition tu hihi)
tshirt & slack
kasut + stoking
set wallet & belt
sejadah
coklat
buah-buahan
perfume
sirih junjung
No comments:
Post a Comment