Tuesday, March 15, 2011

HIV Test

Semalam, nolie dgn En.Tune telah selamat menjalani HIV Test kat klinik kesihatan area rumah kami. Agak ramai org dan lama jugak lah menunggu sbb ramai baby yg nak di cucuk huhu. En.Tune dah mula wat muka bengang campur penat sbb baru pas kenduri. Tapi Alhamdulillah dah selamat dah. Borang nolie semua dah settle. Tinggal tunggu En.Tune isi borang dia dan dapatkan pengesahan bujang drpd bos dia. pastu, kene tunggu lak dia cuti tuk submit borang tu. Ok, untuk B2B di Johor, apa yg perlu korang semua siapkan..

1. Korang kene beli borang 2 . Kalau B2B yg nak tlg belikan borang 1 tuk bakal suami yg nak nikah di Johor, sediakan lah salinan ic bakal suami tu yekk. Harga borang RM5
2. Sediakan salinan ic sendiri
3. Sediakan salinan ic tuk 2 orang saksi borang. Saksi borang kene lelaki yg bukan ahli keluarga. Kawan pun x apa.
4. Borang pengesahan bujang
5. Salinan ic wali
6. Salinan dan sijil kursus kahwin yg asal.
7. borang yang telah lengkap diisi.
8. Borang HIV test.

Nolie pernah baca entry B2B tapi x pasti area mana, masa dia nak wat HIV test kene soal tentang HIV. Nolie adalah baca sikit2 pasal HIV sbb takut kene soal gak hahahaha, Tapi masa nolie wat, x ada pulak dia tanya. Tanya keje apa, pastu test darah. En.Tune pun sama jugak. Tapi tuk persediaan, bacalah sikit kan. Walaupun pada asalnya kita semua tahu apa itu HIV, tapi kadang2 tuk tambah ilmu yg lebih mendalam apa salahnya :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...