Video nolie dah slamat nolie terima seminggu selepas majlis nolie. Videographer nolie sgt lah cepat wat kerja haha. Masa dia hantar ke rumah, nolie tak ada kat umah sbb kat Terengganu. Nolie jengah blog dia haritu. So, dia ada citer tentang majlis nolie. Nak tau apa dia ckp pasal nolie?hehehhehe
Jek Video Ke Tmn Tun Aminah
Nolie dan Firdaus bersama barang hantaran..
Nolie bertugas sebagai pendidik. Deal aku dengannya sudah agak lama benar, tetapi kami kerap juga berhubung. Nolie selalu update aku tentang 'timing' majlis beliau yang ada sedikit berubah dari jadual asal. Bila first time jumpa Nolie dan keluarganya, aku cukup lega, kerana mereka amat baik dan memberi kebebasan aku shoot apa sahaja.
Perwatakan dan bualbicara Nolie sungguh lembut dan menarik. Tak hairanlah, lelaki (Firdaus) yang kini bergelar suami Nolie, terpikat hati dengan beliau sejak kecil lagi. Melalui temubual yang dijalankan, mereka berdua ni kenal sejak zaman Tadika lagi. Wow, sungguh hebat percintaan mereka rupanya.
Majlis Khatam Al Quran..
Sebelum pernikahan, majlis khatam al Quran diadakan. Ramai juga kaum keluarga dan jiran ibu Nolie hadir ke majlis ini. Bila dengar pengantin berkhatam al Quran ni, sejuk betul hati aku... Dalam majlis ini, beliau bergilir gilir membaca al Quran tersebut bersama adik perempuannya.
Banyak perkara yang boleh diceritakan dalam majlis Nolie ini, namun kesempatan menulis sekarang amat terbatas. Walau terbatas, dapat cerita sikit sikit di sini sebagai update jadilah... thehe..
wahahaha....abg Jek ckp nolie lembut hehe..Tapi mmg tu pun yg En.Hubby ckp dlm video tu. Hurm, Sgt happy bila org x de komen apa2 bila wat majlis kat umah kita.Mungkin betul lah ckp org, bila kita mudahkan kerja org, org pun akan mudahkan kerja kita kan. Alhamdulillah =)
2 comments:
nolie memang lemah lembut pun. 1st time jmp pn rasa senang hati je bercakap dgn nolie. hehe. ;)
yeke anis?hahaha..cam klaka lak denga.anis pun camtu gak =)
Post a Comment