Tuesday, June 28, 2011

Majlis bertandang / sambut menantu =)

certengok certengok hehe..



Tolong jangan tiru aksi ini di rumah (18 SG) haha









Yang baju pink tu akak En.Hubby =)








Ini jek yg nolie dpt kongsi dgn sume yg sudi jengah blog nolie neh..Gambar outdoor lom siap lagi. Belah En.Hubby nye belum amik gambo pun lagi. Kitorang sibuk sgt.Lagipun En.Hubby masih di Kuantan. Alhamdulilllah 3 hari majlis nolie cuaca sgt elok. Majlis pun berjalan dengan sgt lancar. Nolie harap majlis b2b yg lain pun akan berjalan lancar jugak k =)

Thursday, June 23, 2011

rindu

Tak sabarnya nak jumpa En.Hubby sok huhu....(eh, ni je ke yg aku nak tulis? ceh!)

Tuesday, June 21, 2011

Videographer nyer citer

Video nolie dah slamat nolie terima seminggu selepas majlis nolie. Videographer nolie sgt  lah cepat wat kerja haha. Masa dia hantar ke rumah, nolie tak ada kat umah sbb kat Terengganu. Nolie jengah blog dia haritu. So, dia ada citer tentang majlis nolie. Nak tau apa dia ckp pasal nolie?hehehhehe

 

Jek Video Ke Tmn Tun Aminah


Nolie dan Firdaus bersama barang hantaran..


Minggu lalu, coverage Video Perkahwinan aku ialah untuk pasangan Nolie & Firdaus. Ia bertempat di Taman Tun Aminah, satu tempat yang aku kurang familiar. Tetapi berdasarkan peta yang terdapat pada kad kahwin Nolie, mudah benar mencarinya. Sesampainya aku ke rumah Nolie, beliau telah khaskan satu tempat letak kereta. Wow, bestnya. Tak perlulah pikul barangan satu van aku tu jauh jauh. Terima kasih Nolie. Thehe...

Nolie bertugas sebagai pendidik. Deal aku dengannya sudah agak lama benar, tetapi kami kerap juga berhubung. Nolie selalu update aku tentang 'timing' majlis beliau yang ada sedikit berubah dari jadual asal. Bila first time jumpa Nolie dan keluarganya, aku cukup lega, kerana mereka amat baik dan memberi kebebasan aku shoot apa sahaja.

Perwatakan dan bualbicara Nolie sungguh lembut dan menarik. Tak hairanlah, lelaki (Firdaus) yang kini bergelar suami Nolie, terpikat hati dengan beliau sejak kecil lagi. Melalui temubual yang dijalankan, mereka berdua ni kenal sejak zaman Tadika lagi. Wow, sungguh hebat percintaan mereka rupanya.


Majlis Khatam Al Quran..

Sebelum pernikahan, majlis khatam al Quran diadakan. Ramai juga kaum keluarga dan jiran ibu Nolie hadir ke majlis ini. Bila dengar pengantin berkhatam al Quran ni, sejuk betul hati aku... Dalam majlis ini, beliau bergilir gilir membaca al Quran tersebut bersama adik perempuannya.

Banyak perkara yang boleh diceritakan dalam majlis Nolie ini, namun kesempatan menulis sekarang amat terbatas. Walau terbatas, dapat cerita sikit sikit di sini sebagai update jadilah... thehe..

wahahaha....abg Jek ckp nolie lembut hehe..Tapi mmg tu pun yg En.Hubby ckp dlm video tu. Hurm, Sgt happy bila org x de komen apa2 bila wat majlis kat umah kita.Mungkin betul lah ckp org, bila kita mudahkan kerja org, org pun akan mudahkan kerja kita kan. Alhamdulillah =)

Monday, June 20, 2011

transfer JB

yeay...nolie dan hubby x kan jadi PJJ lagi hehe. Apa tu PJJ? Perkahwinan jarak jauh haha. InsyaAllah 1 Julai neh En. Hubby dapat  tukar ke JB. Sekarang dalam proses nak cari rumah sewa dulu sbb tak tau berapa lama en.hubby dpt stay kat Jb neh. Kene bersedia urus rumah sendiri hihi...

Tuesday, June 14, 2011

Majlis pernikahan dan persandingan

Ok, gambar sebelah nolie dah separuh siap. Nolie update apa yg nolie ada dulu k. Belah En.hubby kene tunggu siap dulu lah hehe.


Semasa menunggu kedatangan pihak lelaki

Setelah diijab kabulkan, dah leh pegang tangan hehe


Semasa hari persandinga sebelah nolie

kek yg sgt sedap dan menarik hehehe



Saturday, June 11, 2011

masakan pertama untuk suami

Hehe..title jek dah rasa cam nak tampo2 diri sendiri hahaha, Dah seminggu lebih nolie kahwin hahaha..kalau tahu seronok lama dah mintak mak kahwinkan haha (agak poyo ayat ko tu nolie)..Hari ni lebih kurang sepanjang hari gak nolie kat rumah mertua. So, nolie kene masak kan tuk hubby nolie. Kalau pandai tak pe lah kan. ni masak pun asik mintak mak tolong rasa hahaha. Hari ni nolie masakkan hubby nolie ayam masak lemak cili api..Request dari dia lah. Hurm..termasam sikit sbb terlebih letak asam keping hahaha. Tapi bila tengok dia makan bertambah rasa sejuk sikit hati ni hehe. tapi tetap kene komen =p..

Bila dah jadi isteri, tanggungjawab sgt banyak. Nolie tahu, kalau buat suami kecil hati nolie berdosa kan?Tapi nak biasakan keadaan supaya kurang merajuk tu susah skit hehe. Eh, bila nolie nak masukkan gambo kahwin ni ekk..gambo honeymoon akan menyusul hihi..Tunggu yek =p

Sunday, June 5, 2011

Fisrt post sebagai cik puan

Lamanya tak update blog ni...Rasa rindu pun ada gak hehe. Busy sgt majlis kahwin 3 hari terus menerus. Lepas tu sambung honeymoon dekat terengganu pulak. Selasa ni, nolie dan hubby berjalan ke Bandung pulak. Sangat happy. Nolie belum dapat gambar2 lagi masa majlis belah nolie dan belah hubby nolie. So, bila dah dapat nanti, nolie post k..Muax2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...