Thursday, December 8, 2011

Down

.........Mood : Down down & down sgt2


Aktiviti : Kalau dah tak ada keje nak dibuat, lebih suka termenung dan tido...

Mungkin Nolie terlalu fikirkan untuk TTC..

Hurm......

Sunday, December 4, 2011

menu suami

Hurm..Nolie kat sekolah sebenarnya neh hehe..Sambil bekerja kita rileks jap lah ekk haha..

Hari neh nolie nak cerita tentang menu En. Hubby. Sementara duduk dgn mak dan mak mentua neh, Nolie jarang masak untuk En.Hubby.Kesian lak dia tak rasa air tangan si isteri hehe..Tapi dah beberapa kali nolie buatkan lauk dan kuih yang dia suka. En. Hubby neh sgt senang menu dia. Kebanyakan yang dia suka sup dan bergoreng.. Lain dgn menu rumah nolie yang lebih gemarkan sambal.

Semalam nolie tinggal berdua dengan anak sedara nolie yang kecik..So, Nolie saja buatkan antara menu fav En.Hubby. Walaupun cara masak dia sebenarnya agak senang tapi nolie tak pernah buat.Selalu makan kat kedai jekk..Percubaan kali pertama untuk En.Hubby le neh kiranya hehe..



Udang Goreng Mentega

Menjadi lah jugak kan. Cuma En. Hubby cakap kalau kering skit lagi best..En. Hubby mmg suka yang garing2 dan kering2..kadang-kadang pelik pun ada hehe..

Sedap tau =P

Tuesday, November 29, 2011

wordless wednesday






Gambar honeymoon yang dah basi hahahaha... (mood : tengah rajin wat blogwalking hehe )

Sunday, November 27, 2011

6 month anniversary

Tak sangka dah Masuk setengah tahun Nolie bersama En.Hubby. Pejam celik Pejam celik dah enam bulan kan. Sejak dua menjak Tiga menjak neh banyak sangat jemputan kahwin. Kadang-kadang teringat pulak time kami kahwin dulu ..Rasa cam nak patah balik time tu pun Ada.

Nolie Dan En.Hubby celebrate sambil tengok wayang hehe. Lama lah jugak kami tak tengok wayang berdua. So, malam tadi kami habiskan masa berdua sampai kul 12 malam..sangat happy kan...

Hurm..semoga kami Ada rezeki Anak lepas ni kan.. Doakan kami ye :)

Monday, November 21, 2011

Ikea

Sekarang Nolie sibuk nak cerita tentang umah je kan..hehehhe

Bulan lepas rakan nolie kahwin di KL. Terlanjur ke sana kami singgah di Ikea. Memang saja nak mencari barang2 yang menarik untuk rumah sendiri walaupun sebenarnya rumah belum siap betul =P

Mula2, nolie yang sibuk ajak En. Hubby g ikea sebab nolie mmg tak pernah pergi pun. Masa belajar dekat UKM dulu pun tak rasa nak pergi sbb rumah sendiri belum ada..Duit pun tak ada sbb belajar lagi hahahaha. Tapi bila dah masuk ke Ikea nampak En. Hubby yang agak beria hehe. So, nolie pun pilih barang2 yang berkenan. Nolie tukang tunjuk, En. Hubby tukang bayo. (Rasa best jadi isteri sbb apa kita nak dapat jek hehehe)


Masuk ikea nolie banyak tengok bahagian dapur..menarik


Salah satu barang yang nolie berkenan dan En.Hubby belikan =)


Tadaaaa...skit jek sbb fikir bonet dah penuh dengan barang lain hehe


En.Hubby yang tengah membayooo hehehhe

Barang-barang neh semua masih duduk elok kat dlm bilik rumah kami yg belum siap di renovate lagi tuh..Doakan kami dapat pindah awal bulan 12 yekk =D

Thursday, November 17, 2011

Excited...

Kepenatan sebab beria mengemas meja yang dah x serupa meja kat sekolah..Dah nak mula cuti sekolah, meja guru kenelah dikemaskan huhuhu...Tambah pulak dengan nak menyiapkan semua kerja yang banyak dan kelam kabut sebab semua org sibuk nak balik kg haha.. Tapi, nolie mana ada cuti, koperasi tetap kena beroperasi untuk budak SPM..Haishh.

Eh, tajuk entry excited tapi apasal lak cita pasal keje yg x berapa nak excited neh hehe.. En Hubby dan ambil cuti isnin ni =)

Nolie akan ke KWSP dgn dia tuk keluarkan duit nolie sbb nolie dah tukar skim pencen hehehe..
Kemudia kami akan uruskan rumah kami yang dah 70% siap

Boleh lah survey2 meja makan, sofa dan katil hihi..Tak sabar nak deco rumah tu menjadi rumah idaman..
Chaiyok2 =D

Tuesday, November 15, 2011

Sensitif

Ok, nak cakap tentang sensitif..Bila borak dengan semua wanita2 comel seperti nolie (erk.... = =!) masing-masing akan memberikan jawapan yang sama bahawa mereka pun sensitif jugak macam nolie.. Tapi nolie rasa nolie dah kurang merajuk berbanding sebelum kahwin ataupun cepat untuk memujuk diri sendiri berbanding keras hati masa sebelum kahwin..

Tapi, selepas kahwin, bila kecik hati rasa pedihnya tersangatlah...Mungkin sebab kecik hati dengan seseorang yang bergelar suami berbanding kekasih..

Apa pun yang berlaku dalam keluarga sama ada pergaduhan, pertelingkahan, silap faham semuanya hanyalah asam garam rumah tangga yang membuatkan hidup suami isteri ini penuh dengan warna warni. Yang membezakannya hanyalah cara untuk menangani atau tolak ansur antara suami dan isteri..

Alhamdulillah, setakat ni Nolie dan En. Hubby tak pernah bergaduh tapi mungkin ada silap paham yang membawa kepada sedikit pertelingkahan. Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing sebab sebelum kahwin banyak perkara yang kita cuba jaga untuk memastikan kita adalah seorang yang sempurna tetapi selepas kahwin segala kekurangan akan kita ketahui. Sebagai seorang isteri atau suami perlu menerima kekurangan dan jadikan sebagai kelebihan bagi memastikan rumah tangga kita sentiasa bahagia..

Cuma..sebagai seorang isteri, kekasih ataupun wanita itu sendiri tetap ada rasa ingin dibelai, dipujuk bila terasa hati..Dan air mata yang jatuh daripada seorang wanita itu bukan air mata yang dipaksa tetapi memang jatuh mengiringi hati yang terluka..

Nolie hanya meluahkan pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian dan sebagai seorang wanita nolie pasti akan menyebelahi  wanita hehe

(mood : swinggggggggg sbb tengah gerhana bulan hahahahaha)

Thursday, November 10, 2011

Gemokkk

Ok..Bila cakap pasal gemok mesti rasa x best kan..Sebelum kahwin, nolie adalah antara org yg slalu kene kutuk sebab kering sgt.. Tapi semuanya berubah lepas kahwin huhuhu...

Sekarang neh bila pergi keje nolie lebih kerap pakai baju kurung sbb nak sembunyikan perot yg dah naik lain macam neh..Rindu pulak time2 g keje pakai kebaya..hurm..

Nolie akan berusaha kembali ke berat yg asal hehe.. Tapi apa pun, En. Hubby tetap cakap nolie COMEL wahahahah  =P

Wednesday, November 9, 2011

outdoor photoshoot yang dah berhabuk uhuk uhuk

Haha..lama giler dah tak menulis..biasalah. banyak keje campur dgn nak ambil mood. Tu yang lama hehe. Nolie akan mula menulis semula sbb dah dekat nak cuti sekolah hahahaha...

Ok, nolie nak tunjuk skit gambar Outdoor photoshoot belah nolie masa majlis 5 bulan yg lepas (erk..5 bulan dah?) =P












Gambar ni adik nolie yang ambil dan edit. Dia baru berjinak-jinak dengan photgraphy neh. Tapi tetap nolie puji hasil dia =)..

Belah En. Hubby? tunggu end of november neh yekk sbb gambar tu lom dapat lagi hhehe..Maklumlah, dah berapa bulan kahwin baru ambil gambar outdoor hahaha.. Sibuk punye pasal..

Nite semua =)

Wednesday, September 14, 2011

Selalu tak sihat

Hurm..Lepas kahwin ni nolie selalu sgt x sihat..Badan asik masuk angin jek..Perut pun selalu kembung.Sekarang pun tengah kembung g uhuhuhu...Dah nak masuk 3 hari badan nolie rasa sakit2 macam kene belasah. Kaki tangan lenguh sangat2. Badan rasa penat sgt. Rasa malas nak buat keje pun ada..Nolie tak tau nape dan apa yg nolie kene makan tuk kuatkan badan ni.

Nolie pernah try dulu makan vitamin c masa anak dara tapi nolie nyer resdung jadi makin teruk bila makan vitamin c tu.Tak taulah. Ada kawan syorkan makan jamu tuk buang angin..Tapi jamu apa yg nak dibeli ekkk..

Nak tanya mak sendiri rasa mak macam x de pun makan makanan tambahan ni. Jamu lagilah macam tak pernah nampak haha..Tapi kawan nolie cakap lepas kahwin mmg akan ada masalah angin banyak dlm badan. Ye ke???? Apa yg nolie kene buat ekk.. =(

Tuesday, September 13, 2011

Suri rumah yg bekerjaya

Dah dua hari mak nolie balik kampung sbb atuk nolie sakit..Semua adik beradik nolie sibuk bekerja. Tinggal ayah, adik lelaki dan anak buah je kat umah. Bila dah mak x ada, makan akan sedikit kelam kabut sbb x ada org di rumah untuk masak tengah hari.

Semalam, sebelum mak nolie pergi, dia dah siapkan makan tengah hari pagi2 lagi tapi sgt simple. Jadi nolie mulakan operasi hehe. balik dari keje nolie terus masak tuk ayah dan adik. Wat tambah lauk. Lepas tu terus kemas dapur dan lipat kain baju. Semalam rasa ok lagi sbb keje kat sekolah kurang sikit. Hari ni nolie rasa agak penat sbb pagi2 dah bangun siap2 pergi keje. kemudian siapkan air dan sarapan untuk ayah. Dah siap semua, terus iron baju untuk En. Hubby. Hari ni pulak kelas nolie agak pack dan nolie balik agak lewat sbb tanda paper trial spm. Balik rumah terus masak untuk rumah sbb mmg x ada lauk langsung ahhaha. Tengah hari td, abang ipar tolong belikan nasi ayam. Penat2 pun bertungkus-lumus jugaklah. Sambil2 angkat baju, basuh baju, dan lipat baju..hURM..time nolie tulis entry neh, dah dekat kul 7 mlm..

operasi malam ni lak, settlekan keje sekolah yg x pernah habis huhuhuhu...

Masa mak ada, manja sgt kan. Bila mak tak ada neh barulah rasa nya jd org perempuan yg kene buat mcm2 keje huhuhu...

Takpelah kan, sekurangnya nolie dah bersedia bila masuk rumah baru nanti hehehehe...

Thursday, September 8, 2011

Rumah idaman

Alhamdulillah, akhirnya nolie dan En.Hubby akan duduk rumah sendiri jugak. Hurm, mula2 plan nak sewa jek. Tapi pakcik En.Hubby nak jual rumah dia, En.Hubby pun plan nak beli umah tu sbb agak murah. Keadaan umah tu memuaskan hati. Kawasan sekeliling pun nampak sangat menarik. lagi pulak dekat dgn masjid dan taman. En. Hubby tak nak beli rumah baru dulu. Dia kan kejenya asik berpindah randah. So, bila dah betul2 tetap kat satu tempat baru kami akan beli rumah idaman kami hehe. Rumah sekarang ni, kalau dah tak duduk boleh sewakan org kan.

Nolie dan En.Hubby dah mula rasa tak sabar & excited huhu. Rumah tu En,Hubby nak betulkan & tambah kabinet semua. Dia pun dah mula tengok2 hiasan dalaman rumah kat internet. Nolie pun dah mula berangan2 nak hias rumah macam mana nanti...Eeeeee happynya. Dah lama rasa nak ada rumah sendiri... Senyum sampai telinga jelah lepas ni hehehehehe

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Tahun ni tahun pertama nolie beraya bersama suami. Raya pertama juga tak bersama family di malam raya. Tapi apa pun nolie tetap happy sebab suami sentiasa di sisi =)..

First time jugak pakai baju sepasang hehe..Sangat teruja tunggu hari esok..
Nak bersalaman dengan En.hubby di pagi raya...( Dah la byk sgt wat salah huhuhuhu..mesti nangis gler2 T_T)

Salam Aidilfitri buat semua..semoga syawal kali ini memberi seribu makna indah dalam hidup kita =)

Tuesday, August 23, 2011

kami sebagai suami & isteri

Lagi 4 hari genap 3 bulan nolie bergelar isteri. Walaupun nolie dah mula jalankan tanggungjawab sebagai isteri tapi tak sepenuhnya sbb kami masih duduk dgn mak..Masih banyak perkara mak yg buatkan. Tapi apa pun nolie sgt beruntung sbb dapat seorang suami yang sgt mengambil berat dan sanggup bersusah demi nolie.

Semalam nolie tak sihat. Nolie ambil cuti sakit. En. Hubby pergi keje lambat sbb hantar nolie ke klinik dan tunggu sampai nolie selesai jumpa Dr. Rasa sangat terharu huhuhu....Selama neh pergi klinik sorang2 jek =P

Kehidupan selepas kahwin neh mmg penuh warna warni.. Tapi siapa kata dalam perkahwinan semuanya indah. Mungkin nolie masih baru sebagai isteri dan masih terbiasa dgn sikap seorg gadis yang manja. Kadang2 rasa rindu nak jadi single pun ada gak sbb mula rasa penat nak urus banyak perkara hahaha..
 Tapi sebenarnya, hidup berumah tangga ni lebih mengajar kita erti sabar dan matang sedikit sebanyak.

Nolie harap, hubungan kami kekal hingga ke Syurga..

( ------> Aishiteru MQF )

Nolie & En. Hubby yg dah makin berisi hehehehe


Wednesday, August 17, 2011

saya sgt sibuk

bila nak mula menulis semula neh...x sempat2 lah. Keje sekolah banyak sgt. Tambah pulak dgn puasa & terawikh...

Banner pun dah kene tukar dah ni hehe..apa2 pun selamat buka puasa =)

Monday, July 18, 2011

lewat..

En.Hubby baru balik dari kerja jam 12.55 pg..Kesian dia sbb penat mlm tadi kenduri..Hari ni pulak kerja sampai tengah malam. Esok keje semula..Hurm..Kena sabar jelah kan sebab nak cari rezeki. Nolie dalam proses nak cuba kawal emosi dan jadi lebih matang. Semua tu penting untuk jaga hubungan kan.

Nite =)

Kenduri..

Malam tadi Alhamdulillah selesai kenduri doa selamat di rumah nolie.. Doa selamat untuk ape????
1. Sempena perkahwinan nolie dan En.Hubby dan akak nolie tahun lepas
2. Sempena Majlis merisik dan bertunang adik lelaki nolie Sabtu neh di Tanah Merah, Kelantan
3. Sempena adik lelaki bungsu nolie habis belajar dan ditauliahkan sebagai Leftanan Muda
4. Sempena perpindahan En.Hubby dari kuantan ke Johor Bahru (part neh nolie suka hehehehe)





Tapi kan kan kan..Bila En.Hubby pindah JB, dia jadi sgt2 sibuk.Malam slalu ada event atau dinner. Malam ni lak ada perlawanan bowling huhuhu..Asik kene tinggal jek nolie. Nak tau tak, dah lama nolie tak keluar berdua dgn En.Hubby g mana2. Masa tunang dulu lagi kerap agaknya keluar dating hahaha..

Mungkin, kami dalam proses nak stabil kan hidup kan. Semoga hubungan kami terus dirahmati Allah.Aminn

Friday, July 15, 2011

Wayang Pertama

Malam semalam, nolie bersama En.Hubby dan adik2 g tengok Harry Potter hehe...Suka suka suka. Nak tau tengok kul bape? Kul 10.30 mlm..Esok nyer nolie ngn En.hubby keje. Yang adik2 nolie masing2 x keje pun. Padanlah dorang beria ajak nolie ngn En.Hubby kua tengok wayang..Selepas kahwin, itu adalah wayang pertama nolie tengok dgn En.Hubby. Banyak kali plan nak tengok tapi x pernah menjadi huhu..Harry Potter punya pasal, ngantuk pun sanggup jugak :).

Esok kalau boleh nak ajak En.Hubby g cari rumah..Kitorang x sempat2 nak cari rumah. Tapi kalau boleh nak cari jugak cepat. Dah mula rasa letih sbb berpindah2 dan ngangkut2 barang. Kadang2 sampai x cuci muka sebab pencuci muka dok kat umah lain hahaha. Nak asingkan bekas asik lupa jekk.

 Lepas kahwin neh, muka nolie mula bermasalah..Asik kering jek.Ada tak ex B2B yang sama mcm nolie? Nak g cari suppliment lah. Apa ekk yang sesuai tuk kulit neh..hurmm..

Tuesday, July 12, 2011

x sempat dan x de mud..

Nolie tengah sibuk dgn keje dan tengah sibuk melayan En.Hubby sampai x sempat nak post entry huhuhu..Tapi yg sebenarnya x de mud nak menulis hahaha..Bila nak start tulis jek cam x d idea..Lepas kahwin neh mmg mud nak menulis ader skit kureng. Tapi nolie akan terus menulis sebab dengan cara menulis neh rasa tensen dapat dikurangkan kan kan kan...

Chaiyok2 nolie =)

Monday, July 4, 2011

Hantarans 'home made'

Nolie nak tunjuk hasil hantaran yang nolie dan akak nolie dah berjaya siapkan. Dah sebulan lebih kahwin baru sibuk nak tunjuk ekkk hehe. Biasalah kan, bila dah jadi isteri dan dalam masa yang sama bekerjaya, mmg x sempat nak bercerita macam2. B2B lain nanti mungkin akan rasa jugak hihi.


Jam dan cermin mata

Kasut

Coklat

sejadah

perfume

jins dan t-shirt

belt dan wallet

sirih junjung

kek lapis cadbury
Rasa puas bila kita dapat siapkan dengan hasil tangan kita sendiri kan =)

Thursday, June 30, 2011

Dah tak PJJ lagi =)

En.Hubby dah selamat sampai di umah. Dan mulai malam ni, nolie dan En.Hubby dah tak jauh lagi hehe. Kami dlm proses nak cari umah dan nak beli umah. InsyaAllah kalau ada rezeki dptlah umah dan leh lah hidup sendiri. Nolie pun leh berdikari. Kalau kat umah mak nolie atau mak mertua nolie x dpt nak urus En.Hubby sgt. Nak masak tuk dia pun takut lagi sbb risau mak ayah mertua memerhati lak haha. kalau berdua jek ngn En.Hubby x sedap pun x segan sbb husband sdr hehe.

Nolie tak berapa sihat skit lak hari ni sbb seharian bersukan di dalam hujan T_T..Salam Julai semua =)

Wednesday, June 29, 2011

Sedih tapi dah namanya x ader rezeki...

(Hanya boleh  dibaca oleh wanita yg dah berkahwin jek ok wahahahahha)


Nolie da baca blog X B2B yg kahwin sama tarikh dgn nolie. 2 org dah pregnant..Nolie sedih lah gak sbb nolie belum ada rezeki lagi. Nak tau tak, 27 hb haritu genap nolie nikah dgn En,Hubby dan tarikh 27 mei tu tarikh nolie first day period. So, semalam nolie rasa sikit confident yg nolie tak akan period lah. Tak taulah nape tapi tu yg nolie rasa. Tapi rupa-rupanya nolie period jugak hari tu.

Bila dah period maksudnya nolie tak pregnant lah kan..Tapi yg buat nolie pelik, hanya keluar cecair warna pink je sikit. Bila nolie baca kat internet, kadang2 mmg ada keluar sikit darah masa tarikh kita period klu pregnant. Sampai ke malam nolie tengok dah x ader keluar darah pun. sikit tu jelah. Jadi, nolie cam excited skit. Nolie pun ajak En.Hubby g beli pregnancy test kat farmasi. Masa nak check tu nolie lupa nak bawak masuk bekas ke toilet. Keluar lah balik dari toilet. Pastu bila dah bawak masuk bekas nak check tetiba keluar pulak lah darah peot tu...Test jugak lah sbb dah bukak dah test kit tu.Tapi mmg dah sah lah x pregnant. Hurm..x pelah kan. Harap2 lepas ni ada rezeki lagi =)

Tuesday, June 28, 2011

Majlis bertandang / sambut menantu =)

certengok certengok hehe..



Tolong jangan tiru aksi ini di rumah (18 SG) haha









Yang baju pink tu akak En.Hubby =)








Ini jek yg nolie dpt kongsi dgn sume yg sudi jengah blog nolie neh..Gambar outdoor lom siap lagi. Belah En.Hubby nye belum amik gambo pun lagi. Kitorang sibuk sgt.Lagipun En.Hubby masih di Kuantan. Alhamdulilllah 3 hari majlis nolie cuaca sgt elok. Majlis pun berjalan dengan sgt lancar. Nolie harap majlis b2b yg lain pun akan berjalan lancar jugak k =)

Thursday, June 23, 2011

rindu

Tak sabarnya nak jumpa En.Hubby sok huhu....(eh, ni je ke yg aku nak tulis? ceh!)

Tuesday, June 21, 2011

Videographer nyer citer

Video nolie dah slamat nolie terima seminggu selepas majlis nolie. Videographer nolie sgt  lah cepat wat kerja haha. Masa dia hantar ke rumah, nolie tak ada kat umah sbb kat Terengganu. Nolie jengah blog dia haritu. So, dia ada citer tentang majlis nolie. Nak tau apa dia ckp pasal nolie?hehehhehe

 

Jek Video Ke Tmn Tun Aminah


Nolie dan Firdaus bersama barang hantaran..


Minggu lalu, coverage Video Perkahwinan aku ialah untuk pasangan Nolie & Firdaus. Ia bertempat di Taman Tun Aminah, satu tempat yang aku kurang familiar. Tetapi berdasarkan peta yang terdapat pada kad kahwin Nolie, mudah benar mencarinya. Sesampainya aku ke rumah Nolie, beliau telah khaskan satu tempat letak kereta. Wow, bestnya. Tak perlulah pikul barangan satu van aku tu jauh jauh. Terima kasih Nolie. Thehe...

Nolie bertugas sebagai pendidik. Deal aku dengannya sudah agak lama benar, tetapi kami kerap juga berhubung. Nolie selalu update aku tentang 'timing' majlis beliau yang ada sedikit berubah dari jadual asal. Bila first time jumpa Nolie dan keluarganya, aku cukup lega, kerana mereka amat baik dan memberi kebebasan aku shoot apa sahaja.

Perwatakan dan bualbicara Nolie sungguh lembut dan menarik. Tak hairanlah, lelaki (Firdaus) yang kini bergelar suami Nolie, terpikat hati dengan beliau sejak kecil lagi. Melalui temubual yang dijalankan, mereka berdua ni kenal sejak zaman Tadika lagi. Wow, sungguh hebat percintaan mereka rupanya.


Majlis Khatam Al Quran..

Sebelum pernikahan, majlis khatam al Quran diadakan. Ramai juga kaum keluarga dan jiran ibu Nolie hadir ke majlis ini. Bila dengar pengantin berkhatam al Quran ni, sejuk betul hati aku... Dalam majlis ini, beliau bergilir gilir membaca al Quran tersebut bersama adik perempuannya.

Banyak perkara yang boleh diceritakan dalam majlis Nolie ini, namun kesempatan menulis sekarang amat terbatas. Walau terbatas, dapat cerita sikit sikit di sini sebagai update jadilah... thehe..

wahahaha....abg Jek ckp nolie lembut hehe..Tapi mmg tu pun yg En.Hubby ckp dlm video tu. Hurm, Sgt happy bila org x de komen apa2 bila wat majlis kat umah kita.Mungkin betul lah ckp org, bila kita mudahkan kerja org, org pun akan mudahkan kerja kita kan. Alhamdulillah =)

Monday, June 20, 2011

transfer JB

yeay...nolie dan hubby x kan jadi PJJ lagi hehe. Apa tu PJJ? Perkahwinan jarak jauh haha. InsyaAllah 1 Julai neh En. Hubby dapat  tukar ke JB. Sekarang dalam proses nak cari rumah sewa dulu sbb tak tau berapa lama en.hubby dpt stay kat Jb neh. Kene bersedia urus rumah sendiri hihi...

Tuesday, June 14, 2011

Majlis pernikahan dan persandingan

Ok, gambar sebelah nolie dah separuh siap. Nolie update apa yg nolie ada dulu k. Belah En.hubby kene tunggu siap dulu lah hehe.


Semasa menunggu kedatangan pihak lelaki

Setelah diijab kabulkan, dah leh pegang tangan hehe


Semasa hari persandinga sebelah nolie

kek yg sgt sedap dan menarik hehehe



Saturday, June 11, 2011

masakan pertama untuk suami

Hehe..title jek dah rasa cam nak tampo2 diri sendiri hahaha, Dah seminggu lebih nolie kahwin hahaha..kalau tahu seronok lama dah mintak mak kahwinkan haha (agak poyo ayat ko tu nolie)..Hari ni lebih kurang sepanjang hari gak nolie kat rumah mertua. So, nolie kene masak kan tuk hubby nolie. Kalau pandai tak pe lah kan. ni masak pun asik mintak mak tolong rasa hahaha. Hari ni nolie masakkan hubby nolie ayam masak lemak cili api..Request dari dia lah. Hurm..termasam sikit sbb terlebih letak asam keping hahaha. Tapi bila tengok dia makan bertambah rasa sejuk sikit hati ni hehe. tapi tetap kene komen =p..

Bila dah jadi isteri, tanggungjawab sgt banyak. Nolie tahu, kalau buat suami kecil hati nolie berdosa kan?Tapi nak biasakan keadaan supaya kurang merajuk tu susah skit hehe. Eh, bila nolie nak masukkan gambo kahwin ni ekk..gambo honeymoon akan menyusul hihi..Tunggu yek =p

Sunday, June 5, 2011

Fisrt post sebagai cik puan

Lamanya tak update blog ni...Rasa rindu pun ada gak hehe. Busy sgt majlis kahwin 3 hari terus menerus. Lepas tu sambung honeymoon dekat terengganu pulak. Selasa ni, nolie dan hubby berjalan ke Bandung pulak. Sangat happy. Nolie belum dapat gambar2 lagi masa majlis belah nolie dan belah hubby nolie. So, bila dah dapat nanti, nolie post k..Muax2

Wednesday, May 25, 2011

2 hari lagi

Bila tengok ada dua hari lagi tetiba nebes lah pulak. Tadi bilik dah siap dihias. Tirai untuk khatam pun dan pasang. Esok, khemah pulak akan menyusul...Dalam2 sibuk mak andam hias bilik, nolie boleh sempat tanda paper mate haha. kene tegur dgn akak tu sbb dah dekat pun sibuk ngn keje lagi. Nak wat mcm mana, nolie nak submit markah sok jugak.Sbb nak tunggu minggu depan mesti drag masa lah jawabnya. Siap dah tanda paper. Ada satu kelas je lagi nak disiapkan. Door gift semua kene settle kan jumaat sbb makanan tu sampai jumaat. Nolie ni pulak baru baik dari demam. batuk masih ada lagi. Penat sgt kot huhu...Semoga semuanya lancar.Aminn

En.Tune dah selamat sampai JB. Dia pun x sihat. sakit tekak sume. Cian dia =(

Monday, May 23, 2011

bodoh punye perompak

Lagi 4 hari nak majlis, macam2 hal pulak jadi kat area taman nolie neh. Dah beberapa minggu jugak banyak rumah yg dah dimasuki perompak. Tapi malam neh kecut perut dan gigil telah menyelubungi diri nolie neh sebab nolie dan family terdengar bunyi suara org lelaki bercakap dan kecoh dekat belakang rumah. Bila kita dah dnga banyak kes, mesti takut kan. Nak bukak pintu belakang tu mestilah tak kan sbb takut perompak tu yg sibuk berbual. Bila betul2 denga macam suara students nolie yg nolie mmg dah sedia maklum dorang neh berkawal tiap2 malam, terus rasa ok sikit. Rupanya betul dorang keja perompak yg lari ikut bumbung. Betul2 belakang rumah nolie perompak tu cuba nak rompak. Akak nolie terus call polis sbb takut pape hal jadi. Padahal balai polis depan umah jek tapi perompak bodoh tu berani pulak wat hal.

Yang paling merisaukan nolie, majlis nolie dah dekat. Barang2 hantaran dah lah berharga. Nolie pulak ada pegang duit tuk nak bayar macam2. Perompak tu guna ilmu hitam yg boleh menjelma jadi kucing. Tu yg buat nolie takut sgt2. Sbb tu polis susah sgt nak tangkap sbb dia selalu lari ikut bumbung pastu ilang jek bila kejar. Doakan family nolie dan taman perumahan nolie selamat yek. Moga2 perompak tu dapat ditangkap.

Friday, May 20, 2011

Hari Guru

Sambutan hari guru dah lama lepas tapi nolie baru nak cita hahaha. X sempat lah beb. Neh pun  baru dpt ngadap laptop sbb sibuk wat doorgift. Masa sambutan hari guru haritu nolie masuk pertandingan masak..Jeng jeng jeng..X pernah2 umur nolie masuk pertandingan masak..Bukan stakat pertandingan, masak kat umah pun tak reti hahaha. Dah member nolie beria nak masuk. Bahan utama dia makaroni atau spageti. Tapi sekali dgn dessert dan air. Nolie buat dessert. puding trifle jek. Dah tu yg dorang suruh buat kan. Kita buat jelah haha.Macam pandai sgt jek kan.


Nampak menarik tak air tu hehe..Yg tengah2 tu??????

Ni lah satu2 nya kumpulan paling ramai anak dara hahaha. Simple kan?napkin pun tak de.lupa huhu

Nilah hasil tangah nolie sepenuhnya..Licin diserbu cikgu dan budak2 haha. Siap mintak resepi lagi. Padahal ramai yg tau buat kan kan kan.
Comel tak saya???? =_=!

Kumpulan nolie tak menang pun.Kitorang yg paling lambat mula sbb cikgu2 nye sibuk bergambo dulu..Paling lambat hias meja , time tu baru nak tulis menu, paling lambat siap dan paling lambat kemas. Eh ada lagi, paling kelam kabut hahahaha. Takpelah asal bukan tempat last hehe. Janji juri kate sodap udah =)

Antara hadiah yg nolie terima hari tu. Hurm tahun neh berkurangan dah hadiah. Sebab nak kahwin ke ape neh =P

Jamuan hari guru yg sgt best hehe
Yeeeehaaaa..Nolie dah dapat hadiah kahwin haha. 
Rezeki sbb dah dapat hadiah dulu haha. Kad masa neh belum edar lagi kat cikgu2 tau. Sepatutnya dorang bagi yg baru kahwin. Tapi dah nolie dekat sgt nak kahwin, dorang bagi sekali. Simpan dulu hadiah neh sbb nak bukak dgn En.Tune nanti lepas majlis hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...