Saturday, February 26, 2011

kad Kahwin dah tempah..yeayyy!

Hari neh hari menyelesaikan keje2 tertunggak nolie dan En. Tune. Kesian dia kene balik JB juga minggu sbb banyak benda nak settle. Nolie dgn En. Tune keluar rumah dalam kul 11.30 pg dan kami terus jek pergi kedai cermin mata tuk hantaran En. Tune. Selesai sesi memilih, mendengar celoteh amoi promoter 2 dan menempah, kami terus ke agensi travel yg kami dah book 2 utk serah salinan pasport dan book flight. So,tiket online flight MAS dah selamat diterima dan kami akan honeymoon seminggu lepas kahwin hehehehhehehe.

Kemudian kami bertolak ke ANGSANA pulak sbb kedai kad kahwin yg kami nak pergi tu ada bukak booth kat ANGSANA sempena pameran pengantin yang akan berakhir 27 hb neh. Dah terlanjur dekat, terus jek tempah dekat situ.Dpt free 2 banner and kotak isi telur ikut bilangan kad tempah hihi..Tapi design banner nolie x nak letak gambar. X berapa suka sbb pikir lik banner tu bukan leh guna masa akan dtg pun. kang bila ada gambo, nak buang pun syg. tersimpan jelah jadi pekasam nanti huhuhu.

Habis tempah kad, nolie dan En. Tune terus g Tebrau City nak cari handbag nolie. Malas nak pikir and cari lagi pasni..Walaupun x byk yg berkenan tapi dpt jugak lah nolie beli. Cuma nolie beli sling bag lah..Tu yg nolie dan En. Tune berkenan huhu. X kesahlah, janji nolie suka pakai kan. Cuma ghalat sgt sbb purse yg sama pattern dah habis stock. yg tinggal display jek tapi dah rosak skit. Nolie x ambil lah. hurm..x apalah. Tak ada rezeki. Nolie pun mls nak fikir2 & cari lagi. Selesai cari handbag, nolie terus pergi shadira sbb cleanser nolie dah habis. belilah sekali uv protection, scrub dgn peeling pearl sekali. Time dah dekat nak kahwin nilah sume benda nak habis..haishhh huhu.

En. Tune wat muka poyos sambil bawak bag guess saye hihi

Selesai 5 perkara dalam masa 1 hari bersama En. Tune yg sakit blakang sbb asik travel jek (cian dia T_T)..Lepas neh, dah boleh cari tray tuk hias hantaran pulak :)

Friday, February 25, 2011

Salam Takziah buat Pak Ngah Nolie

Hari neh nolie ambil cuti sbb pergi majlis kebumi Pak Ngah nolie kat Kota Tinggi. Arwah meninggal ptg semalam lepas buat kemoterapi beberapa hari. Pak Ngah nolie kene kanser paru2. Neh sume sbb merokok lah. dah 2 pakcik nolie meninggal sbb sakit yg sama dan dua2 kuat merokok. Harap2, adik nolie berubah dan buang tabiat merokok 2.

Nolie dapat panggilan daripada mak nolie masa nolie nak tempah kad kahwin. Dah duduk lama pilih design sume, tinggal nak ambil order jek. baru nak cita2 mak dah telefon bitau Pak Ngah dah x da. X jadi nolie nak tempah terus jek lik. Budak kedai 2 pun terpinga-pinga sbb kitorang tak jadi tempah. Tapi dah bitau dia nak dtg balik. Akak nolie pulak accident lepas dpt berita Pak Ngah nolie. X taulah mana silapnya tapi Alhamdulillah dia dan abg ipar nolie selamat. Cuma kereta lah teruk sikit. Pagi tadi nolie sempatlah tengok Pak Ngah smpai ke kubur. First time tengok org dikebumikan. Terasa sebak pun ada bila imam tu cakap mati itu benar. Lupakan segala keseronokan dunia demi bertemu Tuhan yang 1. Rasa insaf dan menyesal sgt2 atas segala dosa yg dah lakukan selama neh. Semoga Roh Pak Ngah nolie, Sulaiman bin Abd Latif ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Dan semoga mak nolie dan atuk tabah menerima dugaan Nya.Amin..

Wednesday, February 23, 2011

Buat passport

Akhirnya...dah berkurun-kurun nak buat passport sbb nak g singapore tapi x buat2 dan x pegi2 singapore, akhirnya hari neh berjaya juga buat tapi bukan sbb nak pegi singapore, sbb En. Tune dah book pakej honeymoon wahahahahaha. pegi mana? ehhehhehe. MAS tengah buat promotion minggu neh, jadi nolie kene cepat buat passport tuk book flight. Hurm..nebes sbb x penah naik kapal terbang g neh huhu (malu syayee). Lepas neh leh g universal studio kat singapore ngn membe2..yeayyy

Masa wat passport tadi kene buli ngn org imigresen tu..sob sob sob. Mentang2 tengok anak dara yg dtg, dgn baju kurung yg come huhuhu(perasaannnn)..macam2 dia kenekan nolie tadi. haishhh.. +_+

Tuesday, February 22, 2011

The Zon Regency Hotel

Nolie baru je lik dari taklimat dengan ANGKASA dekat The Zon Regency Hotel. HUrm, kalau kursus dgn ANGKASA konpem kat hotel lah tempatnya dan makan dia mesti sgt2 best. Nolie rasa, nolie dah mula makan x ingat dunia lah. Macam mana nak kempiskan perut neh, asik makan jek x berenti2. Kawan nolie dah sound dah masa kat kursus tu, jangan smpai x muat baju pengantin sudah nolie..Bila kita rasa selera jek, tandanya kita happy kan? ke kita stress? hahaha. Tapi setahu nolie, kalau nolie stress nolie x brapa ade selera. Tapi sepanjang kursus neh, makan dia mmg sgt best. nak2 desert dia, macam2 jenis puding ngn kek ada. rasa macam nak makan semua. Nolie mmg suka kek2 neh. tapi yg peliknya, macam2 yg nolie amik, abis pulak tu semua. haish...kene control neh.



dari luar bilik nolie.

Pandangan ke bawah..uishh gayatt
Ha, nolie amik gambo desert jek. sedap nyaaa

Tart buah dia sgt best..nolie nak g amik lagi tapi dah abis sob sob

Puding-pudingan yummy
Ni time makan ptg masa hari sabtu. Time makan yg lain malu nak snap sbb makan ngn pengetua2 hahahahaha

Sunday, February 20, 2011

Jumpa Kaunselor

Minggu neh sebenarnya minggu yg nolie sangat2 x stabil. Mungkin dalam keadaan yg kurang sihat membuatkan nolie jadi sgt sensitif. Jumaat lepas merupakan kemuncak ketidak stabilan emosi nolie. Tambahan pulak hari tu tersangatlah banyak keje yg nolie kene siapkan. Ditambah lagi dengan tiba2 dapat surat untuk pergi kursus pada 21 dan 22 hb neh. Nolie rasa kesian dgn student nolie sbb x sempat nak buat revision sebelum dorang exam rabu neh sbb nolie kene pergi kursus. Dalam masa yg sama, nolie dapat surat untuk handle biasiswa Dato Onn dan kene submit 28 hb. Agak kelam kabut jugak nolie masa tu sbb pikir nolie kene list down senarai nama pelajar yg layak dan bagi hari tu jugak borang. Kalau nolie x kursus isnin n slasa neh, nolie x akan kelam kabut. Biasiswa BKP pun nolie dan mula kene edar borang tapi nolie hold dulu sbb nak utamakan yayasan telekom and Dato Onn. Masa yg sama nolie kene uruskan koperasi sekolah . Hari tu jugak cikgu skolah nolie luahkan rasa hati yg sedih kat nolie. jadi time tu, kepala nolie macam berserabut. Tambah pulak nolie ada sedikit krisis dgn En. Tune dah 3 hari. Jadi nolie x dapat nak tahan emosi nolie. Nolie terus call member nolie merangkap kaunselor sekolah nolie. Bila cita kat dia, nolie terus nangis. Tapi bila dia dah bagi nasihat n saranan, nolie rasa sedikit lega. Mungkin banyak sgt benda yg nolie fikir buat nolie agak stress. Tambah pulak nolie x berapa sihat. Mungkin tu yg jadikan nolie x berapa pandai nak kawal emosi nolie. Tapi, nolie dah semakin ok. En. Tune pun sanggup balik sbb nak pujuk nolie jugak huhu. Semoga perjalanan hidup nolie terus dirahmati oleh-Nya..Aminn

gegar metrojaya

Lama x jengah blog nolie neh. X sempat2 nak update entry.Penat sgt2. Mlm Sabtu lepas nolie pergi cari barang2 hantaran dekat metrojaya Pelangi mall. En. Tune sampai JB ptg, terus jek ambil nolie and kitorang g cari barang2 tu. Kene berpenat sikitlah sbb nak beli barang En. Tune kene ada dia. Jadi, bila dia balik terpaksalah cari masa walaupun masing2 penat. En. Tune penat drive dari kuantan, Nolie lak penat sbb baru balik dari keje. En. Tune minta izin ngn mak nak bawak nolie keluar malam sbb nak cari barang tu. Dia pulak cakap ngn mak maybe balik lambat skit sbb nak singgah makan sekali. Mak pulak keluar statement yg x disangka2 betul. Mak cakap lambat x apa asal maruah jaga. Erk...selama neh bukan dia x bagi lik lambat ke kalau keluar malam huhu. Tetiba leh balik lambat lak mak cakap asal jaga maruah. Hurm..pandai bodek tul En. tune nolie tu huhu.

Barang2 hantaran tuk En. Tune dah hampir semua dapat. Tinggal cermin mata je lom buat lagi. Yg tu lambat sikit pun x pelah. Tapi handbag ngan purse nolie  xdpt lagi. haish..nolie yg cerewet ke, mmg byk yg x berkenan. Tapi En. tune pun ckp x banyak pilihan menarik. Pergi Bonia adalah satu yg berkenan. Tapi 1300 + +. mak aihhh..lari bajet lah pulak. Tapi en. Tune ada ckp, kalau misal mmg x ada pilihan, ambil jelah yg tu sbb dia pun ckp cantik. Tapi x naklah. Kesian lak dia. Nanti nak cari dekat Tebrau city pulak. kat situ byk butik2 handbag. Harap2 adalah yg sesuai and harga berpatutan.

Dalam masa 2 jam lebih, neh lah hasil buruan kami huhu


Dah penat shopping, kita makan dulu..sedapnye air coklat nolie tu :p
En. Tune tengah tlg buangkan kulit udang nolie hehehehehehe.

Wednesday, February 16, 2011

x berapa sihat

Nolie x berapa sihat hari neh..x dpt nak update pape sbb x berapa ada mood nak menulis. Tapi yg pasti, nolie sgt sgt sgt penat hari neh..Nak tido jek. Tapi kene siapkan keje n prepare skit tuk ngaja sok. Doakan nolie sihat sok yek. Nak g keje...

Tuesday, February 15, 2011

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU



Segment baru untuk blogger baru dari abg Ben. Mmg nolie sgt baru pun dlm dunia blog neh. Akhir bulan 12 aritu baru jek start buat blog and tulis entry skit2 mengikut masa dan keadaan huhu. Ok, nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI yaw.. :)

Penat dah terasa..

Hari neh hari mak berehat secukup-cukupnya. Sbb apa? sbb hari neh hari cuti and semua keje umah nolie yg tolong buat. Dari kemas umah pagi sampailah ke masak tuk tengah hari. Kemudian, terus nolie start pasang manik kristal kat lidi. Dah siap dalam 40 batang. Habis buat tu, nolie dpt lelap dalam 10 minit je sbb nak keluar dgn akak tuk cari hadiah mak. Pergi Jakel sekali nak cari kain tapi  x jumpa kain yg sama yg nak dibeli tu.Nolie beli sejadah untuk hantaran En. Tune sekali. Balik dah mula nak maghrib. Siap2 kan diri and keje umah sikit, kemudian start print kertas soalan mate. Kejap lagi nak siapkan lagi 20 batang lidi. Tapi, mata nolie dah mula ngantuk...Badan dah terasa penat pulak..Esok keje....Chaiyok2. Pastikan sebelum kul 12 kene tido.

Monday, February 14, 2011

3 Tahun 8 Bulan

14 Februari (eh, hari neh dah 15 kan kan kan?) genap lah 3 tahun 8 bulan nolie bercouple atau berchenta dengan En. Tune. . Tetiba teringat pulak ayat2 En. Tune guna untuk approach nolie hehe. Dahla sms jek. Nak tepon pun segan. Nasib bek nolie neh jenis cool jek hahahaha. Tapi bila ingat balik saat tu, sangat sweet. Walaupun sebenarnya dia approach tu 1 hb tapi nolie bia dia tunggu jawapan sampai 14 hb. Jahat ke? X kan? Dah x leh nak sambut anniversary tarikh chenta2 neh lagi dah. Pas neh kene sambut anniversary kahwin pulak hahaha. (ko mmg jiwang karat x hengat!)

14 Februari jugak anniversary nolie dgn kawan2 MRSM nolie hihi. Sangat happy bila ada membe yg msg wish happy anniversary and friendship day. 14 Feb 2000 kitorang semua daftar masuk MRSM Muar untuk Form 4. So, perkenalan di saat itu menjadikan kitorang kawan yg sgt rapat. Rindu sgt kat semua. Bilalah nak jumpa lagi. Asik jumpa time kahwin membe jek hahaha. Jadilah kan daripada x jumpa2 langsung..

Valentines day? x de maknenye nak sambut. Wat habis boras ajo. Yok sambut Maulud Nabi. Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam di Seluruh Dunia. Sayangilah Rasulullah Kita :)

Sunday, February 13, 2011

Melawat Baby BFF

BFF nolie dah selamat melahirkan anak perempuan dia. Nama dia Sharifah Izz Zahrah (kalau x salah eja ar). Sangat comel. Putih macam mak dia jugak. Tetiba nolie terfikir, anak nolie nanti comel x ekk..Kene doa banyak2 lah nanti bila ngandung bia anak nolie come hihi. Masa borak2 dengan dia, dia tanya nolie dah prepare x. Nolie pun wat muka sposen lah. Dah mmg x wat apa pun lagi. Dorang tanya, kad dah tempah ke belom. Nolie buat muka seposen lagi..Dah mmg belum tempah. Dorang tanya lagi, dah ambil borang nikah ke belom, nolie wat muka pelik. Bukan 3 bulan sebelum nikah ke kene ambil. Pastu new mama n papa neh pown mula lah memberi ceramah kat nolie. Dorang pun kahwin time sama macam nolie, cuti sekolah tengah tahun. Dorang dapat imam yg jauh sbb ramai sgt kahwin time tu. Kalau lambat, imam kawasan dah penuh kene cari imam lain yg free. So, dorang pesan hantar borang cepat. Kad kahwin pun dorang tempah bulan 1. Kahwinnye bulan 5. Nolie x tempah apa pun lagi. dah mula cuak dah bila denga ceramah macam tuh. Niat nak dtg melawat tapi kene nasihat free pulak hahaha. Akhir bulan 2 nanti nolie ambil lah borang. Minggu depan pegi tempah kad pulak. Nolie belum jumpa Videographer nolie lagi nak deal dgn dia macam mana nak ambil video masa nikah nanti. Nak bincang2 ngn dia apa yg nolie nak dia masukkan dlm video clip tu nanti. Erm..kene buat plan dari sekarang n susun jadual betul2 nampaknya neh..Chaiyok2 nolie

eh..dalam fikir2 hal kahwin, lupa pulak soklan ujian mate nolie belum wat lagi hahahahaha =_=''

Saturday, February 12, 2011

Tragedi Larian Perdana Mahkota

12 Februari, semua sekolah diwajibkan membuat Larian Perdana Mahkota. Program ni dirasmikan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor yg ensem tu haha..Tapi tengku lari kat bandaraya la..kitorang neh lari kat sekolah. Nolie nak lari jugak sebenarnya. lagipun ada sijil tapi  x dpt nak lari sbb cikgu yg bertugas x cukup. nolie pulak kene jaga masa, x dapek la nolong ha. Tapi pagi2 dah aerobik rasa sgt seronok sbb lama tak bersenam..haishhh bila nak mula kan joging neh.

Masa budak2 tengah buat larian semalam, ramai budak yang kene sengat dengan tebuan. Nolie x sure apa puncanya. Tapi ada budak cakap sarang tu kat bawah and ada yg terpijak. Hampir 20 budak kene sengat dengan tebuan tu. Budak2 neh bila sampai jek kat sekolah terus ckp ngn nolie. Nolie pun terus panggil PBSM sbb nolie tengah jaga masa, x leh nak gerak g mana2. Kesian sgt tengok budak2 neh. Dorang semua dibawa ke hospital sbb takut jadi apa2 kan. Ada seorang pelajar yg teruk sgt kene sengat. Mungkin dia org pertama yang kene. Terus kene masuk wad and bagi oksigen terus sbb dia pengsan. Katanya dah kacau sistem pernafasan. Nolie pun x sure. Dak tu nolie ada ajar dia. nampak jugak muka and badan dia bengkak2 teruk. Kesian kan..Walaupun pelajar neh agak malas and nakal dlm kelas. X berapa nak denga cakap, tapi dah student kita, tetap rasa simpati. Kalau x keluar lagi hospital nanti nak g melawat lah..bagi semangat. Harap2 x apa2 kan.


Cikgu2 rumah merah yg come2 belaka hahahaha (termasuk ko ke nolie?)

Larian akan bermula.. :p

Baru form 2 dah lebih tinggi dari aku dah neh..haishhh ..tahniah Izzul :)

Jom balikkkk..semua dah penat!

Thursday, February 10, 2011

saya nak Gucci Guilty!

Dengan berat mata dan hati nolie kuatkan gak ati neh membuka laptop neh sebab nak kene tengok laman web yayasan telekom memandangkan nolie dah amik tugas cikgu biasiswa..Kenapa kene amik tugas lak? Sebab cikgu tu dah bersalin tanpa meninggalkan apa2 pesanan huhuhu..Hanya tinggalkan fail2 atas meja nolie jek sob sob sob..Nolie pun bila balik dari kelas nampak fail2 atas meja terus terduduk dan terkaku dan terdiam dan terus x de mud nak wat keje (alasan ko nolie..malas ckp malas huhu)..Bukan apa, tahun neh kan nolie dah kata nolie kurang efisien sikit sbb asik ingat nak kawin jek haha..

Dah 3 ari neh pulak mud agak kurang memberangsangkan sbb En. Tune ada miting kat langkawi..ulang suara..LANGKAWI..haishh apa kejadah miting sampai seminggu jejauh neh..Buat hatiku tidak keruan  cewah haha. Dah miting sampai mlm, x dptlah nak msg apa lagi nak borak..Tambah sedih lagi sob sob sob.. Tapi ada pembakar semangat hehe..Nolie dah kirim coklat kat dia hihi.. Pastu kitorang kan belum beli hantaran perfume lagi. So, nolie suruhlah dia cari kat sana jek kan. Mestilah dapat murah kat sana banding kat sini yg tentu2 dah x de sale lagi haha. Nolie suruh En. Tune carik sdr perfume dia and nolie nak gucci Guilty sbb dah tau bau dia sgt best..Siap pesan nak losyen skali haha..Tapi kene tengok gak kesempatan dia.. sedih lagi sekali sob sob sob..

Ok, nolie nak meneruskan matlamat sebenar nolie bukak laptop neh hehe..muax

Wednesday, February 9, 2011

Sit Up

Dah 2 mlm nolie wat 30x sit up sebelum tido..huhu, mentang2 nak kahwin. Perut dah mula naik lah pulak..nanti pakai baju kahwin kang nampak perot huhu..malu2. So, nolie dah mulakan misi nk kempiskan perot..chayok2 :)


* Nak carik losyen mustajab pati halia dan limau nipis ar huhu

Monday, February 7, 2011

Tolong jangan malas Cik Nolie !

Ada 3 bulan 2 minggu jek lagi nak majlis nolie..ha...bunga telur dah lama tidur x bangun2..Mentang2 dah siap wat kelopak, terus tinggal x buat apa2. Kalau nolie tinggalkan keje2 tuk kahwin tapi buat keje tuk skolah x apa lah jugak..Ni minit mesyuarat pun x siap2 lagi. Mana semangat nehhh DATANGLAHHH.. kalau org tanya nak kahwin ke x nak, mestilah jawab nak..Tapi bila org tanya dah banyak buat preparation,nolie gelak jelah hahaha.. Belah En. Tune macam dah nak tempah kad kahwin sebab tadi SIL nolie tepon tanya nama penuh sebab nak letak atas kad. Nak tanya lebih2 cam malu lah pulak..Tapi agak2 jek dorang dah nak tempah. Nolie? haishhhhh.. Semangat..DATANGLAHHHH . Tu belum nak buat hiasan tuk bekas nak isi cookies lagi..belum nak wat cookiesnya lagi utk doorgift..belum start print TQ tag lagi dan gunting2 tag tu..Belum campur lagi dengan deco hantaran..belum lagi dgn carik barang2 hantaran dan yg ntah pape lagi tu.. AHHH penin2..Nolie dah Penin..(ko penin jek lebih nolie padahal leh ngadap lappy lg tu huhuhu)

Semangat...DATANGLAHHHHHH

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Nak join gak walaupun bila En. Ben neh wat segment nolie mesti x sempat nak libatkan diri huhu

Komunikasi itu penting

Bila kita ada sedikit krisis hanya kerana salah faham, mesti akan ada rasa menyesal sbb adanya salah faham tu kan.. Nolie neh seorg yg sgt sensitif. Sejak kecik lagi satu family tahu yg nolie neh mmg seorg yg sgt mudah merajuk & berkecil hati...Sbb tu org kata nolie neh manja. Tapi rajuk nolie x lah lama. Just say sorry nolie akan ok semula. Akak nolie ada cakap, dalam perhubungan neh mmg selalu akan ada salah faham. Ada yg bila marah akan bercakap menyuarakan kemarahan, dan ada yg akan diam sampaikan kadang2 kita sendiri x tahu kenapa dia diam dan kenapa dia marah.. Tapi bagi nolie, nolie x suka tindakan diam tu. nolie lebih suka berbincang walaupun dlm keadaan yang bertengkar berbanding diam dan terus x nak berhubung. Tapi x semua boleh ikut cara nolie..Akak nolie ada cakap gak, dalam hubungan mesti ada komunikasi. kalau kita kecik ati atau marah, beritahu, jgn ambil tindakan diam. Lepas kahwin nanti, banyakkan bincang walaupun ada salah faham. Jangan sorang keluar rumah, sorang kurung dalam bilik. Itu yg jadi punca perceraian. Nolie agak bersyukur sbb En. Tune nolie susah nak marah apa lagi naik tangan. Tapi kadang2 org lelaki neh terlupa yg kata2nya boleh membuatkan org perempuan tersinggung walaupun pada dia x ada apa2 pun. Akak nolie cakap, dugaan bertunang mmg macam tu. Banyak sangat salah faham. cuma akak nolie nasihatkan nolie supaya nolie jaga perangai n perasaan. Makin dah dekat nak kahwin, makin banyak masalah yg mungkin akan timbul kalau selalu nak besarkan hal yg kecil. Akak nolie ckp, dalam hal kali neh, semua x salah..cuma masing2 x faham maksud dalam hati masing2.Itu sebab komunikasi yg kurang baik antara kami.. So, komunikasi amat penting untuk pastikan hubungan sentiasa dalam keadaan yang baik dan bahagia..

Nota kaki : erm... Nolie betul2 rindukan En. Tune sebab dah lama x dpt borak ngn dia....

Saturday, February 5, 2011

kek hantaran

Kita cerita tentang kek hantaran pulak kali neh k.. Mula2 nolie x nak bagi kek untuk hantaran En. Tune. Tapi En. Tune sendiri yg nak kek akak nolie wat..Ulang suara, kek akak nolie wat huhu..Bukan ape, nolie mmg x reti nak wat kek lapis neh..Jenuh nak kene tunggu kukus lapis demi lapis...X berapa nak sabo lah kighenye haha. Akak nolie pandai wat kek lapis asam and cadbury..Tapi yg sedap confirm lah yg bertemakan coklat haha.. So, kek lapis tu jugak akan jadi hantaran tuk En. Tune nanti.

Tapi, akak En. Tune pun mintak akak nolie wat kek yg sama untuk hantaran nikah dia nanti. So, maybe kek yg sama jugaklah. Cuma hiasan akan berubah sikit. Janji kek nye sodap huhu..Akak nolie first time buat kek lapis cadbury ada topping coklat..sgt yummy tau. Suka sgt. so, bila dah ader topping, boleh lah dihias sikit. mungkin cari bunga fondant tuk hias kat atas kek 2..amatur yg wat kan, x leh lah harap yg gedaboom punya hiasan huhu..Klu akak2 nolie tangan x gigil, boleh gak tulis kat atas kek 2 nanti Selamat Pengantin Baru..




Nampak x lapisan coklat dia? yang kat atas topping coklat 2 akak nolie tabur coklat yg dah disagat. Nak tau resepi dia??wahahahaha..yg nolie tau ada coklat cadbury, buah prune, oat jek..yg lain x tau dah hihi..tapi yg neh just wat simple jek tuk makan family n percubaan akak nolie wat dgn topping.. Kita fikir cara hias lak pas ni ok :)
Beli bunga fondant yg dah siap macam kat gambo bawah neh, letak atas dia. Ok kan? kalau rasa kosong kita tambah dgn strawberry.Kalau akak nolie x gigil nak tulis, boleh tulis something atas dia. Nak harap nolie tulis?hahahaha..En. Tune sendiri kutuk tulisan nolie, lagi nak tulis atas kek..haishhhhh


Erk..harap2 akak En. Tune aka SIL nanti x kesah lah ekk kalau hiasan dia x gedabooom ..

Puding Jagung for my Lil Sis

Esok adik nolie nak lik semula ke UMP..Dia ader bunyik nak puding jagung tapi bukan semalam dia ckap, bukan juga kelmarin dan bukan juga minggu lepas tapi tahun lepas ntah bulan brapa hahahaha..So, bila nampak ader sweet corn ngn susu creamer kat umah terus jek nolie wat kan untuk dia. Kesian lah pulak asik bunyik jek tapi akak dia x buat2. Walaupun agak gedikws tapi dah namanya adik kan hehehehe.. Puding ni antara menu wajib kalau akak2 nolie wat kenduri. Mentang2 lah bahan dia senang n leh siap cepat, bila nak wat kenduri order jek kat nolie huhu.. okey, nolie bitau cara nak wat dia macam mana..(macam ko pandai sgt nolie, padahal senang sgt nak wat huhu)


Bahan2----> 1 tin creamer (susu cair)
                     1 tin air
                     1 tin sweet corn
                     1/2 cawan gula (klu nak manis leh tambah g gula tu)
                     8 sudu tepung castard / 1 cawan tepung castard
                     Secubit garam

Cara2 ----> campurkan semua bahan tadi dahulu and kacau sampai rata & tidak berbuku. Kemudian, masak atas api yg kecil. Biar sampai pekat. Tapi didihkan lama sikit. kalau terus angkat bila dah pekat nanti puding dia lembut sangat sampai x leh nak pegang. So, biarkan lama sikit mendidih tu. Dah sudah, masukkan dalam bekas kemudian simpan dalam peti ais. Sedap di makan ketika sejuk hehe

Nilah gambar nye..potong elok2 pastu makannnn hihi..



Nilah adik nolie yg gediwk ala2 akak dia tu haha




Thursday, February 3, 2011

Update Bunga Pahar

Akhirnya selesai gak wat kelopak tuk bunga pahar nolie nanti..tapi yg color pink lom start wat lagi..penat gak menggunting n melipat hehe..


Macam x caya lak nolie leh wat banyak camni..Kira-kira dalam 50 kuntum bunga dpt lah jugak. Reben nolie dah start potong n ikat. tapi x ckup. Kene beli lagi lah nampaknya..Manik kristal dah boleh mula ikat kat lidi..yeayy..chaiyok2 nolie. byk benda lain kene wat lagi neh.. :)

Happy Birthday Future FIL

2 Februari (semalam) hari jadi bakal FIL nolie. Nolie mmg x terfikir nak wish sebab segan huhuhu..Kalau bakal mak 2 ok lah jugak klu kita nak call ke kan. Ni kalau nak call bakal ayah neh banyak gigil ckit lah hehe. Sebenarnya En. Tune nolie dah balik Kuantan masa hari selasa lepas . Yelah, dah keje dia kat sane.Itu pun lewat lik. Sepatutnya balik isnin, delay ke selasa sebab Johor banjir. So, semalam petang dia call nolie macam biasa. kata nya odw nak balik umah lepas g melawat stesen2 petronas kat kuantan..Tetiba dalam kul 6 lebih dia suruh nolie kuar umah sbb kata dia nak lalu depan umah nolie..Nolie x caya memula. x ke keje gile baru 1 ari lik kuantan dah lik Jb semula. Ingat Jb kuantan tu sejam je ke.Tapi bila dia tanya keta akak nolie mana, nolie terus lari kuar kat pintu suruh dia pusing balik klu dia x tipu..last2 nampak keta dia lalu gak haha..gelak besa nolie kat pintu dlm umah. Tapi x jumpa lah just borak kat tepon jek.

Beberapa minit lepas tu, MIL nolie tepon ajak kuar makan sempena besday FIL nolie tu. Sekali lah jugak dgn bakal suami akak En. Tune nolie. MIL nolie ,mintak izin ngn mak nolie sbb nak bawak nolie g makan. Mak bagi n mak ckp ngn nolie kul 8.30 dorang nak dtg amik...?Nak cari baju dah gigil dah. Habis segala benda jatuh yg dlm almari. Baju dlm robok pun dah tunggang langgang jadinye.. Nak tau x, nolie tuka baju sampai 3 kali hahaha..gosok 2 tudung lak tu. X tau nak pakai baju ape nak jumpa family En. Tune. Mak pulak dah kuar ayat pakai baju siuman skit..lagi gigil tahap gaban haha. Pastu tengah nak pakai tudung En. Tune cakap mak dah kat depan pintu umah. ha...terus x terurus jiwa dan raga. Nasib pakai shawl jek. x lah lama sgt. Tapi x sempat nak membetulkan diri n belek cermin berpuluh kali macam bese wat bila nak kuar date ngn En. Tune. Haish..rupenye salah paham antara mak ngn mak. Mak nolie cakap 8.30, mak En. Tune cakap 8.15.x kesahlah janji dorang x tunggu lama sgt.

Happy jugaklah makan sama2 ngn bakal family neh hehe..Bakal suami akak En. Tune pun okey. Mula2 nolie malu2 gak. Tapi bila dah bab makan, agak x malu jugaklah haha..selagi leh masuk nolie makan jek..Org kata lah kan, kalau kita x segan2 nak makan, lagi org suka daripada kita pemalu sesangat kan..so, nolie pun cuba untuk mengurangkan keseganan nolie yg tahap dewa pada mulanya neh..Tambah pulak En. Tune nolie neh mmg muka tembok skit haha..tapi, sebab dialah suasana sangat meriah n menghiburkan..

Gambar2 kat bawah neh hasil daripada bakal abang ipar nolie lah atau pun bakal suami akak En. Tune  iaitu abg Azhar aka Farid Amirul. Nolie amik gambo neh daripada Facebook SIL nolie yg dah tagged kat fb nolie. nak tunggu kamera En. Tune konpem lambat gambo 2 dpt. Nak guna hp sendiri amik gambo cam x berapa elok lak depan bakal mak n ayah neh haha

ni lah bakal FIL and MIL nolie..dua2 cikgu tau..bakal menantu pun cikgu gak (cikgu gediwk haha)..

hp dlm pinggan..elok ler tu huhu

erk..asal muka aku CAMTUUU..haishh

no komen..  --''


bakal adik2 ipar yg comel

Mr. Right nolie

Pengalaman makan bersama bakal family wat kali kedua haha.Kene siapkan diri untuk jd family mereka dlm masa 4 bulan neh..chaiyok2 nolie :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...