Wednesday, May 25, 2011

2 hari lagi

Bila tengok ada dua hari lagi tetiba nebes lah pulak. Tadi bilik dah siap dihias. Tirai untuk khatam pun dan pasang. Esok, khemah pulak akan menyusul...Dalam2 sibuk mak andam hias bilik, nolie boleh sempat tanda paper mate haha. kene tegur dgn akak tu sbb dah dekat pun sibuk ngn keje lagi. Nak wat mcm mana, nolie nak submit markah sok jugak.Sbb nak tunggu minggu depan mesti drag masa lah jawabnya. Siap dah tanda paper. Ada satu kelas je lagi nak disiapkan. Door gift semua kene settle kan jumaat sbb makanan tu sampai jumaat. Nolie ni pulak baru baik dari demam. batuk masih ada lagi. Penat sgt kot huhu...Semoga semuanya lancar.Aminn

En.Tune dah selamat sampai JB. Dia pun x sihat. sakit tekak sume. Cian dia =(

Monday, May 23, 2011

bodoh punye perompak

Lagi 4 hari nak majlis, macam2 hal pulak jadi kat area taman nolie neh. Dah beberapa minggu jugak banyak rumah yg dah dimasuki perompak. Tapi malam neh kecut perut dan gigil telah menyelubungi diri nolie neh sebab nolie dan family terdengar bunyi suara org lelaki bercakap dan kecoh dekat belakang rumah. Bila kita dah dnga banyak kes, mesti takut kan. Nak bukak pintu belakang tu mestilah tak kan sbb takut perompak tu yg sibuk berbual. Bila betul2 denga macam suara students nolie yg nolie mmg dah sedia maklum dorang neh berkawal tiap2 malam, terus rasa ok sikit. Rupanya betul dorang keja perompak yg lari ikut bumbung. Betul2 belakang rumah nolie perompak tu cuba nak rompak. Akak nolie terus call polis sbb takut pape hal jadi. Padahal balai polis depan umah jek tapi perompak bodoh tu berani pulak wat hal.

Yang paling merisaukan nolie, majlis nolie dah dekat. Barang2 hantaran dah lah berharga. Nolie pulak ada pegang duit tuk nak bayar macam2. Perompak tu guna ilmu hitam yg boleh menjelma jadi kucing. Tu yg buat nolie takut sgt2. Sbb tu polis susah sgt nak tangkap sbb dia selalu lari ikut bumbung pastu ilang jek bila kejar. Doakan family nolie dan taman perumahan nolie selamat yek. Moga2 perompak tu dapat ditangkap.

Friday, May 20, 2011

Hari Guru

Sambutan hari guru dah lama lepas tapi nolie baru nak cita hahaha. X sempat lah beb. Neh pun  baru dpt ngadap laptop sbb sibuk wat doorgift. Masa sambutan hari guru haritu nolie masuk pertandingan masak..Jeng jeng jeng..X pernah2 umur nolie masuk pertandingan masak..Bukan stakat pertandingan, masak kat umah pun tak reti hahaha. Dah member nolie beria nak masuk. Bahan utama dia makaroni atau spageti. Tapi sekali dgn dessert dan air. Nolie buat dessert. puding trifle jek. Dah tu yg dorang suruh buat kan. Kita buat jelah haha.Macam pandai sgt jek kan.


Nampak menarik tak air tu hehe..Yg tengah2 tu??????

Ni lah satu2 nya kumpulan paling ramai anak dara hahaha. Simple kan?napkin pun tak de.lupa huhu

Nilah hasil tangah nolie sepenuhnya..Licin diserbu cikgu dan budak2 haha. Siap mintak resepi lagi. Padahal ramai yg tau buat kan kan kan.
Comel tak saya???? =_=!

Kumpulan nolie tak menang pun.Kitorang yg paling lambat mula sbb cikgu2 nye sibuk bergambo dulu..Paling lambat hias meja , time tu baru nak tulis menu, paling lambat siap dan paling lambat kemas. Eh ada lagi, paling kelam kabut hahahaha. Takpelah asal bukan tempat last hehe. Janji juri kate sodap udah =)

Antara hadiah yg nolie terima hari tu. Hurm tahun neh berkurangan dah hadiah. Sebab nak kahwin ke ape neh =P

Jamuan hari guru yg sgt best hehe
Yeeeehaaaa..Nolie dah dapat hadiah kahwin haha. 
Rezeki sbb dah dapat hadiah dulu haha. Kad masa neh belum edar lagi kat cikgu2 tau. Sepatutnya dorang bagi yg baru kahwin. Tapi dah nolie dekat sgt nak kahwin, dorang bagi sekali. Simpan dulu hadiah neh sbb nak bukak dgn En.Tune nanti lepas majlis hehe

Wednesday, May 18, 2011

Macam-macam hal

Erm..nolie ada baca post di blog b2b tentang wedding bloggers yg dianggap grand oleh sesetengah org. Tapi bila  x grand seperti yg disangka, sifat PHD tu mula timbul dan mulalah mengata. Hurm..Nolie x tau mana dtgnya konsep blogger B2B mesti grand wedding dia. Nolie memulakan blog nolie akhir tahun lepas dan mmg niat nak tulis blog neh utk share persiapan nolie dan nak jadikan kenangan jek. Perasaan menulis persiapan majlis tu rasa dia lain dan happy sgt tau. Macam kita tulis diari jugak kan. Nolie mmg bukan jenis blogger yg kumpul followers tapi nolie suka kalau ada yg sudi nak berkongsi cerita dan minat dgn nolie.

Tapi macam Blogger B2B lain jugak beritahu yg kitorang neh semua hanyalah insan biasa yg hanya nak berkongsi bukan nak menunjuk yg majlis kitorang neh sgt2 lah hebat. Kalau kitorang neh byk duit buat majlis grand2, x payah tulis kat blog neh kot, panggil nona atau majalah pengantin je terus..Eh, teremosi lak nolie neh haha.

Kita tutup cita emosi2 ni lah. En.Tune kene keje sampai 25 hb. Hari tu baru dia leh balik JB. Dah dekat sgt dgn majlis pun cuti kene cancel jugak. X paham tul. Demam lak tu. Cian dia. Semoga cepat sembuh ye dear.
Nolie dah hampir selesai mengedar kad kahwin. tapi masih ada yg belum dihantar. Lagi seminggu je neh..Kad x sudah2 lagi haha. Doorgift satu apa tak buat lagi hahaha..Macam mana nak buat, sibuk nak tanda paper. Chaiyok2 nolie =)

Tuesday, May 17, 2011

hari yg sedih

Hari neh sgt2 sedih sampai nak tulis post pun x de mud......Semoga semuanya berjalan lancar. Nolie nak tido awal lah. Penat sgt2 rasa.Penat nangis pun  de gak hurmmmm

Sunday, May 15, 2011

Tshirt couple dah dapat

Nolie dah dapat Tshirt couple bride & groom.. hehe. Sgt teruja. Masa dapat tu nampak macam besar. Tapi bila pakai molek di badan =)



Baju neh nolie letak di atas tilam dan katil yg baru sampai tadi hehe. Perabot tuk bakal pengantin baru dah selamat sampai. Alhamdulillah...Tetiba rasa nebes lak bila katil dah sampai =_=''

Saturday, May 14, 2011

TQ tag salah tarikh

aaaaa...kenapa nolie tak perasan. Dah byk kali rasanya check. Bukan nolie jek, akak nolie skali. Lepas print pun x perasan. Tadi masa nak tampal kat paper beg baru perasan tarikh dia 28 Mac 2011..aaa, nolie kawin 28 mei, bukan mac sob sob sob.. Mcm2 rasa ada tadi..Ikut hati tampal jelah dengan harapan org tak pasan..Tapi x best lak..Nak cancel rasa sedih. Last2 mintak akak print lagi huhu..Dah suntuk dah neh tapi leh silap lak. Tak pelah bazir skit duit T_T..

Friday, May 13, 2011

Last fitting

Baju nikah dah siap yeayyyy..Mmg mengikut kehendak nolie dan nolie rasa sgt sweet sbb putih + pink wahahaha. Tudung nikah nolie nak cari sendiri sbb nak cari yg sesuai dgn muka.Masa try kat butik tu mcm x best tudung dia haha. Tapi sgt suka baju nikah dia. Rasa cam nak amik terus wat baju raya hahaha.Nolie nak tudung putih tapi vail pink sbb masa nolie tunang nolie dah pakai tudung pink selendang putih (sama aje tema ko neh huhu). Tapi kali neh lebih kepada putih ler hehe.Cuma tengah fikir elok tudung masuk dlm atau keluarkan. kalau keluarkan x nampak lak sulam2 segala semua tu. Tapi nolie cam x berapa suka masuk dalam. Hurm...kene try lah nanti mana satu molek kan.

Nolie fitting skali baju tuk studio. Hurm..sgt suka baju dia.Tetiba macam nak pakai jugak time sanding hahaha. Pak kal jelah malas nak salin2 kan. Nolie harap nolie nampak cantik masa majlis nanti..Risau pulak huhu. Kurang 2 minggu je lagi =)

Monday, May 9, 2011

Hantar kad kahwin

Hari neh hari yg agak kelam kabut bagi nolie. Lik dari sekolah petang tadi terus g pejabat pos nak pos kad kahwin. Ada kad yg nolie belum tampal stem sbb x cukup beli hari tu. Jadi tadi aktiviti membeli stem dan tampal kat pejabat pos tu jugak haha. Semua org dok tengok nolie dgn adik nolie tampal berpuluh kad hahahahha. Kad nolie stem nye 80 sen tahu tak...Waaa rasa cam nak nangis pun ade sbb harga stem lagi mahal dari kad hahahahahaha. X pelah. Nolie rasa puas hati bagi kad drpd post kat fb jek. Tapi kat fb pun nolie post jugak sbb takut ader yg tertinggal dan yg nolie x dpt alamat.

Kepada readers yg sudi dtg, jgn lupa email nolie tau. Nanti nolie pos alamat k =)

Sunday, May 8, 2011

Deco hantaran

Majlis dah dekat neh nolie dah kene siapkan hantaran sebab takut bila dah dekat sgt dgn majlis x sempat pulak nanti. 3 hantaran dah siap tapi masih ada lagi yg perlu di tambah sikit2. Nolie x delah pandai pun.Nolie tolong2 jek akak nolie. Dia yg kreatip hehe..


Tadi baru siap letak bekas hantaran kat polistrin. Jenuh nak mengikat dawai supaya bekas tu lekat kat polistrin. Akhirnya siap jugak.Tinggal nak letak barang dan hias jek. 3 hantaran yg dah siap tu lom leh tunjuk lagi hehe =P

Saturday, May 7, 2011

Saat Lafaz Sakinah

  Buat B2B semua..hayatilah lirik lagi ini..


video

Khas untuk bakal2 suami khasnya En.Tune, jaga dan bimbing kami si isteri neh baik2 yek..
Jadikanlah kami wanita syurga..Aminnn

Friday, May 6, 2011

Paper lantern

Nolie dah beli 4 paper lantern colour soft pink saiz 14'' huhu..

TADAAAA






Nolie kirim member nolie kat KL sbb kat sana murah dan byk kedai yg jual. Kat JB neh nolie tak tau nak cari kat ne. Nolie sgt berkenan dan rasa unik tapi x tau nak hias kat ne. Beli jek 4 pastu nak bagi kat akak bridal nolie nak suruh dia hias kat pelamin kalau sesuai lah. Tapi klu x sesuai, nolie letak kat tirai dlm umah tuk khatam jelah hahaha..



Cantik kan kalau byk2..Tapi nolie beli 4 jek..Jadilah hehe..

Wednesday, May 4, 2011

Sedih

Hari neh nolie cuba untuk menyiapkan kad2 tuk member yg akan di pos tapi x siap jugak hahahha. Mak dah mula bising tadi sbb nolie sibuk sgt dgn keje..Hurm..nak buat mcm mana. Hari2 lik lambat, mlm pun wat keje. Kahwin2 jugak tapi keje tetap kene utamakan kan.

Sejak beberapa hari neh, nolie rasa sebak sgt2. Sape2 yg wedding dia dah nak dekat, rasa x macam apa yg nolie rasa. Nolie rasa sedih sbb majlis nolie dah nak dekat. Mak selalu sebut nolie nak tinggalkan dia sbb nanti ikut suami dah. Sedih..sgt2 sedih. Tapi tak kan nolie tak kahwin pulak...erm..

Monday, May 2, 2011

Balik kampung

Jumaat sampai sabtu lepas nolie ada bengkel. Semalam lak nolie lik kampung dgn mak & adik sbb nak edar kad jemputan kat sedara..Baru mula edar sikit. Kad2 yg akan dipos terutama skali tuk member x tulis pun lagi. Nolie x sempat2 nak sambung tulis. Minta alamat kat kawan2 pun x sudah2 lagi..Lambat tol lah nolie neh wat keje huhu (byk sgt keje sebenarnya..haishhh)..Semoga Allah permudahkan urusan nolie =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...