Tuesday, November 15, 2011

Sensitif

Ok, nak cakap tentang sensitif..Bila borak dengan semua wanita2 comel seperti nolie (erk.... = =!) masing-masing akan memberikan jawapan yang sama bahawa mereka pun sensitif jugak macam nolie.. Tapi nolie rasa nolie dah kurang merajuk berbanding sebelum kahwin ataupun cepat untuk memujuk diri sendiri berbanding keras hati masa sebelum kahwin..

Tapi, selepas kahwin, bila kecik hati rasa pedihnya tersangatlah...Mungkin sebab kecik hati dengan seseorang yang bergelar suami berbanding kekasih..

Apa pun yang berlaku dalam keluarga sama ada pergaduhan, pertelingkahan, silap faham semuanya hanyalah asam garam rumah tangga yang membuatkan hidup suami isteri ini penuh dengan warna warni. Yang membezakannya hanyalah cara untuk menangani atau tolak ansur antara suami dan isteri..

Alhamdulillah, setakat ni Nolie dan En. Hubby tak pernah bergaduh tapi mungkin ada silap paham yang membawa kepada sedikit pertelingkahan. Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing sebab sebelum kahwin banyak perkara yang kita cuba jaga untuk memastikan kita adalah seorang yang sempurna tetapi selepas kahwin segala kekurangan akan kita ketahui. Sebagai seorang isteri atau suami perlu menerima kekurangan dan jadikan sebagai kelebihan bagi memastikan rumah tangga kita sentiasa bahagia..

Cuma..sebagai seorang isteri, kekasih ataupun wanita itu sendiri tetap ada rasa ingin dibelai, dipujuk bila terasa hati..Dan air mata yang jatuh daripada seorang wanita itu bukan air mata yang dipaksa tetapi memang jatuh mengiringi hati yang terluka..

Nolie hanya meluahkan pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian dan sebagai seorang wanita nolie pasti akan menyebelahi  wanita hehe

(mood : swinggggggggg sbb tengah gerhana bulan hahahahaha)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...