Saturday, February 26, 2011

kad Kahwin dah tempah..yeayyy!

Hari neh hari menyelesaikan keje2 tertunggak nolie dan En. Tune. Kesian dia kene balik JB juga minggu sbb banyak benda nak settle. Nolie dgn En. Tune keluar rumah dalam kul 11.30 pg dan kami terus jek pergi kedai cermin mata tuk hantaran En. Tune. Selesai sesi memilih, mendengar celoteh amoi promoter 2 dan menempah, kami terus ke agensi travel yg kami dah book 2 utk serah salinan pasport dan book flight. So,tiket online flight MAS dah selamat diterima dan kami akan honeymoon seminggu lepas kahwin hehehehhehehe.

Kemudian kami bertolak ke ANGSANA pulak sbb kedai kad kahwin yg kami nak pergi tu ada bukak booth kat ANGSANA sempena pameran pengantin yang akan berakhir 27 hb neh. Dah terlanjur dekat, terus jek tempah dekat situ.Dpt free 2 banner and kotak isi telur ikut bilangan kad tempah hihi..Tapi design banner nolie x nak letak gambar. X berapa suka sbb pikir lik banner tu bukan leh guna masa akan dtg pun. kang bila ada gambo, nak buang pun syg. tersimpan jelah jadi pekasam nanti huhuhu.

Habis tempah kad, nolie dan En. Tune terus g Tebrau City nak cari handbag nolie. Malas nak pikir and cari lagi pasni..Walaupun x byk yg berkenan tapi dpt jugak lah nolie beli. Cuma nolie beli sling bag lah..Tu yg nolie dan En. Tune berkenan huhu. X kesahlah, janji nolie suka pakai kan. Cuma ghalat sgt sbb purse yg sama pattern dah habis stock. yg tinggal display jek tapi dah rosak skit. Nolie x ambil lah. hurm..x apalah. Tak ada rezeki. Nolie pun mls nak fikir2 & cari lagi. Selesai cari handbag, nolie terus pergi shadira sbb cleanser nolie dah habis. belilah sekali uv protection, scrub dgn peeling pearl sekali. Time dah dekat nak kahwin nilah sume benda nak habis..haishhh huhu.

En. Tune wat muka poyos sambil bawak bag guess saye hihi

Selesai 5 perkara dalam masa 1 hari bersama En. Tune yg sakit blakang sbb asik travel jek (cian dia T_T)..Lepas neh, dah boleh cari tray tuk hias hantaran pulak :)

Friday, February 25, 2011

Salam Takziah buat Pak Ngah Nolie

Hari neh nolie ambil cuti sbb pergi majlis kebumi Pak Ngah nolie kat Kota Tinggi. Arwah meninggal ptg semalam lepas buat kemoterapi beberapa hari. Pak Ngah nolie kene kanser paru2. Neh sume sbb merokok lah. dah 2 pakcik nolie meninggal sbb sakit yg sama dan dua2 kuat merokok. Harap2, adik nolie berubah dan buang tabiat merokok 2.

Nolie dapat panggilan daripada mak nolie masa nolie nak tempah kad kahwin. Dah duduk lama pilih design sume, tinggal nak ambil order jek. baru nak cita2 mak dah telefon bitau Pak Ngah dah x da. X jadi nolie nak tempah terus jek lik. Budak kedai 2 pun terpinga-pinga sbb kitorang tak jadi tempah. Tapi dah bitau dia nak dtg balik. Akak nolie pulak accident lepas dpt berita Pak Ngah nolie. X taulah mana silapnya tapi Alhamdulillah dia dan abg ipar nolie selamat. Cuma kereta lah teruk sikit. Pagi tadi nolie sempatlah tengok Pak Ngah smpai ke kubur. First time tengok org dikebumikan. Terasa sebak pun ada bila imam tu cakap mati itu benar. Lupakan segala keseronokan dunia demi bertemu Tuhan yang 1. Rasa insaf dan menyesal sgt2 atas segala dosa yg dah lakukan selama neh. Semoga Roh Pak Ngah nolie, Sulaiman bin Abd Latif ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Dan semoga mak nolie dan atuk tabah menerima dugaan Nya.Amin..

Wednesday, February 23, 2011

Buat passport

Akhirnya...dah berkurun-kurun nak buat passport sbb nak g singapore tapi x buat2 dan x pegi2 singapore, akhirnya hari neh berjaya juga buat tapi bukan sbb nak pegi singapore, sbb En. Tune dah book pakej honeymoon wahahahahaha. pegi mana? ehhehhehe. MAS tengah buat promotion minggu neh, jadi nolie kene cepat buat passport tuk book flight. Hurm..nebes sbb x penah naik kapal terbang g neh huhu (malu syayee). Lepas neh leh g universal studio kat singapore ngn membe2..yeayyy

Masa wat passport tadi kene buli ngn org imigresen tu..sob sob sob. Mentang2 tengok anak dara yg dtg, dgn baju kurung yg come huhuhu(perasaannnn)..macam2 dia kenekan nolie tadi. haishhh.. +_+

Tuesday, February 22, 2011

The Zon Regency Hotel

Nolie baru je lik dari taklimat dengan ANGKASA dekat The Zon Regency Hotel. HUrm, kalau kursus dgn ANGKASA konpem kat hotel lah tempatnya dan makan dia mesti sgt2 best. Nolie rasa, nolie dah mula makan x ingat dunia lah. Macam mana nak kempiskan perut neh, asik makan jek x berenti2. Kawan nolie dah sound dah masa kat kursus tu, jangan smpai x muat baju pengantin sudah nolie..Bila kita rasa selera jek, tandanya kita happy kan? ke kita stress? hahaha. Tapi setahu nolie, kalau nolie stress nolie x brapa ade selera. Tapi sepanjang kursus neh, makan dia mmg sgt best. nak2 desert dia, macam2 jenis puding ngn kek ada. rasa macam nak makan semua. Nolie mmg suka kek2 neh. tapi yg peliknya, macam2 yg nolie amik, abis pulak tu semua. haish...kene control neh.



dari luar bilik nolie.

Pandangan ke bawah..uishh gayatt
Ha, nolie amik gambo desert jek. sedap nyaaa

Tart buah dia sgt best..nolie nak g amik lagi tapi dah abis sob sob

Puding-pudingan yummy
Ni time makan ptg masa hari sabtu. Time makan yg lain malu nak snap sbb makan ngn pengetua2 hahahahaha

Sunday, February 20, 2011

Jumpa Kaunselor

Minggu neh sebenarnya minggu yg nolie sangat2 x stabil. Mungkin dalam keadaan yg kurang sihat membuatkan nolie jadi sgt sensitif. Jumaat lepas merupakan kemuncak ketidak stabilan emosi nolie. Tambahan pulak hari tu tersangatlah banyak keje yg nolie kene siapkan. Ditambah lagi dengan tiba2 dapat surat untuk pergi kursus pada 21 dan 22 hb neh. Nolie rasa kesian dgn student nolie sbb x sempat nak buat revision sebelum dorang exam rabu neh sbb nolie kene pergi kursus. Dalam masa yg sama, nolie dapat surat untuk handle biasiswa Dato Onn dan kene submit 28 hb. Agak kelam kabut jugak nolie masa tu sbb pikir nolie kene list down senarai nama pelajar yg layak dan bagi hari tu jugak borang. Kalau nolie x kursus isnin n slasa neh, nolie x akan kelam kabut. Biasiswa BKP pun nolie dan mula kene edar borang tapi nolie hold dulu sbb nak utamakan yayasan telekom and Dato Onn. Masa yg sama nolie kene uruskan koperasi sekolah . Hari tu jugak cikgu skolah nolie luahkan rasa hati yg sedih kat nolie. jadi time tu, kepala nolie macam berserabut. Tambah pulak nolie ada sedikit krisis dgn En. Tune dah 3 hari. Jadi nolie x dapat nak tahan emosi nolie. Nolie terus call member nolie merangkap kaunselor sekolah nolie. Bila cita kat dia, nolie terus nangis. Tapi bila dia dah bagi nasihat n saranan, nolie rasa sedikit lega. Mungkin banyak sgt benda yg nolie fikir buat nolie agak stress. Tambah pulak nolie x berapa sihat. Mungkin tu yg jadikan nolie x berapa pandai nak kawal emosi nolie. Tapi, nolie dah semakin ok. En. Tune pun sanggup balik sbb nak pujuk nolie jugak huhu. Semoga perjalanan hidup nolie terus dirahmati oleh-Nya..Aminn

gegar metrojaya

Lama x jengah blog nolie neh. X sempat2 nak update entry.Penat sgt2. Mlm Sabtu lepas nolie pergi cari barang2 hantaran dekat metrojaya Pelangi mall. En. Tune sampai JB ptg, terus jek ambil nolie and kitorang g cari barang2 tu. Kene berpenat sikitlah sbb nak beli barang En. Tune kene ada dia. Jadi, bila dia balik terpaksalah cari masa walaupun masing2 penat. En. Tune penat drive dari kuantan, Nolie lak penat sbb baru balik dari keje. En. Tune minta izin ngn mak nak bawak nolie keluar malam sbb nak cari barang tu. Dia pulak cakap ngn mak maybe balik lambat skit sbb nak singgah makan sekali. Mak pulak keluar statement yg x disangka2 betul. Mak cakap lambat x apa asal maruah jaga. Erk...selama neh bukan dia x bagi lik lambat ke kalau keluar malam huhu. Tetiba leh balik lambat lak mak cakap asal jaga maruah. Hurm..pandai bodek tul En. tune nolie tu huhu.

Barang2 hantaran tuk En. Tune dah hampir semua dapat. Tinggal cermin mata je lom buat lagi. Yg tu lambat sikit pun x pelah. Tapi handbag ngan purse nolie  xdpt lagi. haish..nolie yg cerewet ke, mmg byk yg x berkenan. Tapi En. tune pun ckp x banyak pilihan menarik. Pergi Bonia adalah satu yg berkenan. Tapi 1300 + +. mak aihhh..lari bajet lah pulak. Tapi en. Tune ada ckp, kalau misal mmg x ada pilihan, ambil jelah yg tu sbb dia pun ckp cantik. Tapi x naklah. Kesian lak dia. Nanti nak cari dekat Tebrau city pulak. kat situ byk butik2 handbag. Harap2 adalah yg sesuai and harga berpatutan.

Dalam masa 2 jam lebih, neh lah hasil buruan kami huhu


Dah penat shopping, kita makan dulu..sedapnye air coklat nolie tu :p
En. Tune tengah tlg buangkan kulit udang nolie hehehehehehe.

Wednesday, February 16, 2011

x berapa sihat

Nolie x berapa sihat hari neh..x dpt nak update pape sbb x berapa ada mood nak menulis. Tapi yg pasti, nolie sgt sgt sgt penat hari neh..Nak tido jek. Tapi kene siapkan keje n prepare skit tuk ngaja sok. Doakan nolie sihat sok yek. Nak g keje...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...