Monday, July 18, 2011

lewat..

En.Hubby baru balik dari kerja jam 12.55 pg..Kesian dia sbb penat mlm tadi kenduri..Hari ni pulak kerja sampai tengah malam. Esok keje semula..Hurm..Kena sabar jelah kan sebab nak cari rezeki. Nolie dalam proses nak cuba kawal emosi dan jadi lebih matang. Semua tu penting untuk jaga hubungan kan.

Nite =)

Kenduri..

Malam tadi Alhamdulillah selesai kenduri doa selamat di rumah nolie.. Doa selamat untuk ape????
1. Sempena perkahwinan nolie dan En.Hubby dan akak nolie tahun lepas
2. Sempena Majlis merisik dan bertunang adik lelaki nolie Sabtu neh di Tanah Merah, Kelantan
3. Sempena adik lelaki bungsu nolie habis belajar dan ditauliahkan sebagai Leftanan Muda
4. Sempena perpindahan En.Hubby dari kuantan ke Johor Bahru (part neh nolie suka hehehehe)





Tapi kan kan kan..Bila En.Hubby pindah JB, dia jadi sgt2 sibuk.Malam slalu ada event atau dinner. Malam ni lak ada perlawanan bowling huhuhu..Asik kene tinggal jek nolie. Nak tau tak, dah lama nolie tak keluar berdua dgn En.Hubby g mana2. Masa tunang dulu lagi kerap agaknya keluar dating hahaha..

Mungkin, kami dalam proses nak stabil kan hidup kan. Semoga hubungan kami terus dirahmati Allah.Aminn

Friday, July 15, 2011

Wayang Pertama

Malam semalam, nolie bersama En.Hubby dan adik2 g tengok Harry Potter hehe...Suka suka suka. Nak tau tengok kul bape? Kul 10.30 mlm..Esok nyer nolie ngn En.hubby keje. Yang adik2 nolie masing2 x keje pun. Padanlah dorang beria ajak nolie ngn En.Hubby kua tengok wayang..Selepas kahwin, itu adalah wayang pertama nolie tengok dgn En.Hubby. Banyak kali plan nak tengok tapi x pernah menjadi huhu..Harry Potter punya pasal, ngantuk pun sanggup jugak :).

Esok kalau boleh nak ajak En.Hubby g cari rumah..Kitorang x sempat2 nak cari rumah. Tapi kalau boleh nak cari jugak cepat. Dah mula rasa letih sbb berpindah2 dan ngangkut2 barang. Kadang2 sampai x cuci muka sebab pencuci muka dok kat umah lain hahaha. Nak asingkan bekas asik lupa jekk.

 Lepas kahwin neh, muka nolie mula bermasalah..Asik kering jek.Ada tak ex B2B yang sama mcm nolie? Nak g cari suppliment lah. Apa ekk yang sesuai tuk kulit neh..hurmm..

Tuesday, July 12, 2011

x sempat dan x de mud..

Nolie tengah sibuk dgn keje dan tengah sibuk melayan En.Hubby sampai x sempat nak post entry huhuhu..Tapi yg sebenarnya x de mud nak menulis hahaha..Bila nak start tulis jek cam x d idea..Lepas kahwin neh mmg mud nak menulis ader skit kureng. Tapi nolie akan terus menulis sebab dengan cara menulis neh rasa tensen dapat dikurangkan kan kan kan...

Chaiyok2 nolie =)

Monday, July 4, 2011

Hantarans 'home made'

Nolie nak tunjuk hasil hantaran yang nolie dan akak nolie dah berjaya siapkan. Dah sebulan lebih kahwin baru sibuk nak tunjuk ekkk hehe. Biasalah kan, bila dah jadi isteri dan dalam masa yang sama bekerjaya, mmg x sempat nak bercerita macam2. B2B lain nanti mungkin akan rasa jugak hihi.


Jam dan cermin mata

Kasut

Coklat

sejadah

perfume

jins dan t-shirt

belt dan wallet

sirih junjung

kek lapis cadbury
Rasa puas bila kita dapat siapkan dengan hasil tangan kita sendiri kan =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...