Friday, March 11, 2011

Kad kahwin shaye :p

Yeayyyy..kad kahwin saye dah siap dah hehehehe. Dah boleh edar kat org wahahaha..Ntah pape jek nak edar kat org awal bebenor huhu. Borang nikah pun x submit g hehe.





Kad nyer, sampul come nyer, banting nyer dah kotak telur nyer hehehehhehehe..suka2. walaupun simple tapi nolie puas ati :)

anak sedara yg tomey tengah memulakan operasi die huhuhu
Mak aihhh..ngn kaki2 die lanyak ha !

Thursday, March 10, 2011

Permohonan pindah

Sekarang, cikgu2 dah boleh wat permohonan pindah bagi sesiapa yg nak pindah. Nolie? erm..mula2 En. Tune suruh mohon pindah tengah tahun neh, ikut dia ke Kuantan. Tapi permohonannya ditolak mentah2 oleh nolie hahaha. Bukan apa, tahun neh nolie ajar dak SPM. x kan nolie nak lepas tangan macam tu jek. So, nolie nak jugak tengok hasilnya. Nolie bitau En.Tune yg nolie akan mohon tuk pertukaran akhir tahun nanti. Masalahnya pulak sekarang neh, En. Tune x tahu lagi sama ada dia akan kekal di Kuantan atau ditukar ke tempat lain pulak. Bos dia ada bunyik2 nak hantar dia ke Kota Bharu. Tapi En.Tune bitau bos dia kalau boleh jangan ke sana sbb bakal wife dia cikgu. Kelantan?cikgu nak ke Kelantan?jangan haraplah. Cikgu2 yang asal Kelantan pun mohon berpuluh kali x lepas2. Kalau betul En. Tune kene tuka sana, jadi perkahwinan jarak jauh lah nampaknya kitorang neh huhuhu...

Wednesday, March 9, 2011

Design Thank You tag

Nolie dah design thank you tag tuk door gift. Memandangkan doorgift yg nolie nak bagi pada org yg dtg lambat dapat sbb makanan, so, tag neh nolie stapler atau ikat jek kat bag. Leh wat dalam masa terdekat sbb kalau dah dekat nanti sibuk nak urus hal lain.



Nolie design guna photoscape jek sbb nolie x pandai guna photoshop..So, lepas nolie dah wat yg kat atas neh, nolie pas pulak kat akak nolie tuk murnikan (cewaaaahhh) supaya jadi lebih cantik. Akak nolie edit guna photoshop. Nak tengok hasilnya?

 TADAAAAA





Ok tak? Cantik tak? huhu..Nolie mula2 nak print guna paper yg berwarna jek. Tapi akak nolie kata print warna jek..So leh lah pelbagaikan warna dalam tag neh. Pasni nolie nak design tag untuk doorgift special for kawan2 pulak hehehe..

Tuesday, March 8, 2011

kad birthday

Hari neh nolie dapat 2 kad birthday daripada org yang sama huhu..Sape yang bagi? Pengetua dengan penolong kanan. Mmg biasanya birthday staff dorang akan bagi 1 kad.Tapi time nolie neh, dorang x bincang sama2 lak haha. Mula2 nolie dapat penolong kanan nolie yang bagi. Tapi nama kat dalam kad daripada pengetua ngn pen kanan. Tetiba, Pengetua call nolie. Nolie jumpa dia je nolie say thank lah sbb kad 2. Dia lak wat muka terkejut sbb dia baru jek nak bagi kad kat nolie haha..Last2 dia ckp x pelah special sikit sbb dpt  2 kad. Tapi apepun tetap menceriakan hari nolie yg sgt kelam kabut. Byk sgt keje yg nak disiapkan. Sok dgn lusa nolie ada kursus. tinggal jumaat jek. minggu depan dah start cuti sekolah. Berserabut sikitlah meja nolie kat sekolah 2 dengan keje2 yg sgt banyak hehe..


Hari neh dpt call daripada kedai yg nolie tempah kad..dorang bitau yg kad dah siap. Nolie terpaksa ambil lewat sikit sebab x sempat nak pergi. Harap2 kad nya ok dan memuaskan hati :)

Sunday, March 6, 2011

Terpaksa berterus terang

Hurm..nak cerita pun serba salah..huhu. Hari neh, tengah2 msg dgn En. Tune sambil melipat baju, Future SIL nolie call nak ajak pergi Kota Tinggi. Dia nak cari baju, so nak ajak nolie sekali pilih baju untuk hantaran. Dalam nolie nak pikir ayat untuk mengelak, SIL nolie pas kat MIL nolie lah pulak. MIL pun ajak pergi sekali..Tetiba terasa geram kat En. Tune time 2 jugak. Nolie dah pernah bitau dia yg mak nolie x bagi nolie keluar dgn family En. Tune sebelum kami kahwin. Sebelum neh nolie dah berjaya mengelak lah kiranya tapi bila MIL sendiri yg call, nolie terpaksa berterus terang. Nolie cakaplah yg mak nolie x bagi. lagi pulak mak nolie kat kampung.X kan nolie nak keluar tanpa pengetahuan dia..Rasa bersalah sgt bila nolie terpaksa tolak permintaan bakal mak dan akak neh. Padahal dorang tu nak suruh nolie yg pilih baju sendiri. Geram2 ngn En. Tune. Kalau dia cakap kat mak dia awal2, x lah rasa serba salah mcm neh...! Tapi, En. Tune cakap mak dia faham dan x kecik ati..

Harap2 dorang faham kan..Tetiba risau pulak mak kat kampung 2. Sok teponlah..nite sume :)

(12.15 pg tulis entry sbb dah tidur dari pas maghrib tadi hahahaha..Konon bangun nak wat keje yg tertunggak tapi hampeh hehe..nak sambung tido lik ...ZZzzzzzzzz)

Saturday, March 5, 2011

Happy Birthday 2 Me

Hari neh genap umur Nolie 27 tahun..haish..dah makin dekat dah dgn 30. Sekarang neh, bila naik banyak anak tangga dah mula rasa letih sgt2. Susu nak kene minum slalu la nampaknya neh huhu. Hari neh, nolie ada kursus kat sekolah. Balik dari sekolah, kuar dgn En. Tune celebrate birthday gurl neh ha hihi. Org lain klu celebrate birthday x tau lah mcm mana, tp klu nolie, nolie suka mkn kat tempat yg best2. So, hari neh nolie makan agak x ingat dunia sikit lah haha.

Kami makan di Stone grilled. Dah berapa kali gak nolie g tempat neh. En. Tune baru first time. Tapi dia kata dia suka, kira leh g lagi lah pas neh haha.

Shrimp cocktail yg sgt2 best.

En. Tune mula2 takut nak mkn udang sbb takut x masak haha. Tapi pastu???

3 jenis daging yg kitorang bedal arineh..lamb, chicken, sirloin..berat2 haishh

yummyyyyy

kalau ada salmon, mesti lagi best kan huhuhuhu




Hadiah birthday nolie. En. Tune belikan kasut crocks. Tu pun sbb nolie dah x berapa nak larat pakai heels lagi dah. Atas pilihan dia dan nolie pun suka, dapatlah kasut yg cute tu :p

Fokus kat mamat chinese yg tomey wahahahahaha


Tadaaa...
Agenda yg terakhir heheheh..

Eh..siapakah yg ayu bebenor tu? hahaha. En. Tune curik2 amik gambo ;p..Nampak x plastik big apple tu?makan lagi haishhhhhhhhhh

Tuesday, March 1, 2011

artwork card dah diterima

Nolie dah dapat email daripada syarikat wedding card nolie. bunting pun dah tengok design dia. Nolie suka huhu. Walaupun kat bunting tu x ada gambar sbb nolie x suka, tapi pada nolie nampak simple and nice. Tetiba terfikir, mana pulak lah nak letak bunting tu huhu. Dah la dpt free. Dua pulak tu haha. X sabar pulak nk tunggu kad siap. Kad yg nolie pilih kad yg harganya menepati bajet nolie lah haha. Lagipun, masa dia wat promotion, nolie antara 30 org terawal yg tempah. Daripada 70 sen 1 kad, dapat 59 sen untuk 1 kad hehe. Dapat pulak free bunting dan kotak telur. Berbaloi lah jugak huhu. Rezeki kan :).

Borang nikah 1 & 2 nolie dah beli. Belikan untuk En. Tune sekali. Nasib baik nolie ada simpan salinan ic En. Tune sbb masa nak beli borang tu orang MAIJ ada mintak untuk rujukan dia. Pastikan sebelum cuti sekolah neh nolie dah selesai isi borang2 tu dan wat HIV test :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...