Monday, April 18, 2011

Bunga Roset mak

Ok, kali neh nolie nak cerita tentang bunga roset ataupun org panggil bunga dada. Kalau majlis pakai catering mungkin x guna bunga roset neh. Memandangkan majlis nolie ada tukang masak yg masak, ada yang tolong rewang dan ada orang yang kendarat (ada negeri panggil penanggah kot huhu), bunga roset neh diperlukan lah.

Mak nolie ketua kendarat area taman nolie. Masa majlis nanti kawan2 dialah yang akan melayan org makan. Bunga roset mak banyak. Jadi nolie jadikan contoh daripada bunga2 yang dia pernah dapat.

Menarik kan? Dia guna 5 keping duit singgit.Tapi nolie x suka sbb menonjol sgt duit dia haha

Yang neh nolie rase nice. Nolie mmg buat guna contoh yg neh pun =)

Suka jugak tapi duit berlipat sgt nanti

Saya ada kepak hahahaha

Yang neh bukan duit dia yg menarik, tapi bunga dia drpd sapu tangan hehe. Sgt unik

Nolie x tau lah macam mana dia lipat duit neh..berseni sungguh

Telah di close up hehe

Sgt cute kan >_<
Okey..banyak contoh yg nolie dah tunjuk. Yang nolie punyer dah SIAP dah pown hehehhehehe. Nanti nolie post yg nolie dah buat dgn tutorial skali okey =)

Saturday, April 16, 2011

Aktiviti hari ini =D

Hari sabtu yg mendamaikan cewahhh..Minggu neh nolie x ada apa2 pada hari sabtu jadi mak ambil kesempatan jumpa kawan dia. So, nolie meneruskan tugas sebagai suri rumah hehe. Pastu nolie ambil kesempatan siapkan sikit tapak tuk alas dulang hantaran nolie. Kene buat sikit2 sebab takut x sempat huhu..



Selesai siap2kan tapak dulang pinky neh, nolie siap2 nak g jumpa En.Tune. Mula2 rasa cam x nak jumpa dia sbb majlis dah nak dekat kan. Tapi x leh lah...rinduu haha. Nolie teragak nak makan KFC sbb rasa cam dah lama x makan. So, En.Tune pun belanja makan kat sana. Pastu dia belanja lak makan yogurt kat Tutti frutty yang sgt yummy.



Sedapnyerrr...Nanti kita g lagi yek En.Tune

Erk..Sajek jek pakcik sorang neh nak tayang HP dia..Haishhhh

 Selepas mengenyangkan perut dgn makan makan dan makan..Kitorang pun meneruskan perjalanan ke Metrojaya sebab nolie nak beli perfume. Perfume nolie dah abis. Nak tunggu yg hantaran nyer sebulan lagi huhu. En.Tune pun nak cari barang sikit untuk umah akak dia.


En.Tune beli tempat lilin warna merah sebab umah SIL tema merah putih hitam.

Hiasan lilin neh nolie mmg sgt berkenan tapi SIL nyer. Nolie terfikir nak hias bilik tido masa majlis nanti. Akan dipertimbangkan hehe
 Selepas membeli belah barang En.Tune, nolie cari perfume nolie pulak. X ada sale, so harga mahal lah. Nolie nak beli sendiri tapi tetiba En.Tune dengan murah hati nak belanja hehehehe..100ml lak tu. Sangat2 suka. Senyum lebor nolie sampai balik haha. Terima kasih tunangku. Semoga kamu terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu..Aminn




Friday, April 15, 2011

Chayok2

Nolie dah berjaya siapkan tanda paper exam tadi hehe..En. Tune bising sbb nolie lik lambat haha. Nolie kene siapkan gak tadi sbb kalau x siapkan, nolie kene tanda kat umah. Bila dah tanda kat umah, nolie confirm x sempat nak siapkan apa2 untuk majlis nanti. So, plan nolie, mlm neh sambung tulis kad sikit. Sok pulak siapkan bunga roset. Pastu lusa boleh siapkan lagi apa2 yg patut kan :)

chayok2 nolie :D

Wednesday, April 13, 2011

Makan damai

Menu makan pengantin serta VIP (keluarga En.Tune), makan majlis nikah dan makan malam khatam telah dibincangkan ahad lepas..Seminggu sebelum majlis akan diconfirmkan sekali lagi. Sekarang kene sediakan duit jek huhu..Excited sbb makan best ahhahaha (macamlah berselera nak mkn time tu =_+). Untuk family En.Tune, nolie dah sediakan 3 meja VIP untuk dorang dan menu makan damai pun ada jugak nolie sediakan khas untuk dorang. Harap2 dorang dapat layanan yg d best daripada family nolie.

Tuesday, April 12, 2011

Fitting baju sanding

Semalam nolie jumpa akak bridal tuk bincang pasal pelamin, khemah, bilik tdo dan semua2 lah. Ada yang ditambah, ada yg nak dibincang lagi. Baju sanding dah siap. Cuma masih nak tambah beads2 lagi. Belum siap sepenuhnya. Baju nikah masih belum siap. Tengok pun x dpt lagi. Harap2 cantik lah kan. Memandangkan nolie nak chiffon putih, lambat sikit pun x kesahlah asalkan hasilnya ikut apa yg nolie request. Nolie puas ati dgn baju sanding tapi still kene pakai inner sbb nolie bertudung. Jumpa lagi skali nanti nolie nak try dgn tudung2 sekali sbb nak pastikan tudung 2 kene dgn muka nolie. Nolie jarang pakai merah atau maroon. Kali neh bersanding satu kelainan sbb nolie pilih maroon.

 Sikit jek tunjuk.Yang belah atas rahsia hehehehe..Nolie suka kain kembang2 meleret neh. Macam cinderella =)

Saturday, April 9, 2011

Pilihan lagu tuk video nikah

Hurm..hari ahad untuk berehat dan tido hehe..Segala keje kita bia dulu ar. Penat sbb smalam keje haha. Ok, nolie nak cita tentang lagu2 yang nolie pilih untuk video majlis nikah nanti. Videographer nolie mintak senaraikan 5 lagu yang nolie nak tuk video nolie nanti. Belum lagi email kat dia sbb belum buat keputusan dan belum sempat bincang dgn En.Tune lagi. Nolie senaraikan lagu2 yg nolie suka k :)

1. Bruno Mars - Just d way you are
2. Dakmie - Yang terindah (ost adamaya)
3. Ungu- Tercipta untukku
4. I'm yours - jason marz
5. Akim - inilah cinta
6. Ungu - lagu cinta
7. Barakallah - Maher Zain

Ni antara lagu2 yg nolie suka lirik dia dan mungkin yg sesuai untuk jadi lagu tema. Tapi nolie belum betul2 bincang ngn En.Tune. Tapi mungkin 5 yg terats tulah yg akan nolie email kat videografer nolie InsyaAllah. Kawan2 rasa ok tak? Kalau ada pilihan lagu lain yg lebih best bitau lah nolie yek :)

(En.Tune tengah excited nak tengok F1 petang neh kat sepang..Dah sampai KL dah pun.Jangan lupa tunang dia neh yekk =D)

Tshirt untuk family lelaki

Family nolie yg perempuan nolie dah belikan kain awal2 untuk dorang buat baju. Untuk lelaki, nolie x berapa pandai nak pilih jenis kain tshirt. So, nolie pilih jek kain jersey sbb x nak dorang panas bila wat keje masa majlis nanti. Cuma mungkin ada yg x bape suka pakai kain jersey kan sebab nampak ketat skit bila pakai. Tapi kan kan kan, adik nolie dah pakai wat main badminton..sabo jelah huhu



Nolie mula nak pilih warna maroon bia sama dgn theme nolie nanti tapi tshirt klu maroon x cantiklah. So, nolie pilih warna merah. Ok tak? belakang nolie print skit letak tarikh keramat hahaha..Sape x pakai time majlis nanti nolie ngajuk!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...