Thursday, November 17, 2011

Excited...

Kepenatan sebab beria mengemas meja yang dah x serupa meja kat sekolah..Dah nak mula cuti sekolah, meja guru kenelah dikemaskan huhuhu...Tambah pulak dengan nak menyiapkan semua kerja yang banyak dan kelam kabut sebab semua org sibuk nak balik kg haha.. Tapi, nolie mana ada cuti, koperasi tetap kena beroperasi untuk budak SPM..Haishh.

Eh, tajuk entry excited tapi apasal lak cita pasal keje yg x berapa nak excited neh hehe.. En Hubby dan ambil cuti isnin ni =)

Nolie akan ke KWSP dgn dia tuk keluarkan duit nolie sbb nolie dah tukar skim pencen hehehe..
Kemudia kami akan uruskan rumah kami yang dah 70% siap

Boleh lah survey2 meja makan, sofa dan katil hihi..Tak sabar nak deco rumah tu menjadi rumah idaman..
Chaiyok2 =D

Tuesday, November 15, 2011

Sensitif

Ok, nak cakap tentang sensitif..Bila borak dengan semua wanita2 comel seperti nolie (erk.... = =!) masing-masing akan memberikan jawapan yang sama bahawa mereka pun sensitif jugak macam nolie.. Tapi nolie rasa nolie dah kurang merajuk berbanding sebelum kahwin ataupun cepat untuk memujuk diri sendiri berbanding keras hati masa sebelum kahwin..

Tapi, selepas kahwin, bila kecik hati rasa pedihnya tersangatlah...Mungkin sebab kecik hati dengan seseorang yang bergelar suami berbanding kekasih..

Apa pun yang berlaku dalam keluarga sama ada pergaduhan, pertelingkahan, silap faham semuanya hanyalah asam garam rumah tangga yang membuatkan hidup suami isteri ini penuh dengan warna warni. Yang membezakannya hanyalah cara untuk menangani atau tolak ansur antara suami dan isteri..

Alhamdulillah, setakat ni Nolie dan En. Hubby tak pernah bergaduh tapi mungkin ada silap paham yang membawa kepada sedikit pertelingkahan. Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing sebab sebelum kahwin banyak perkara yang kita cuba jaga untuk memastikan kita adalah seorang yang sempurna tetapi selepas kahwin segala kekurangan akan kita ketahui. Sebagai seorang isteri atau suami perlu menerima kekurangan dan jadikan sebagai kelebihan bagi memastikan rumah tangga kita sentiasa bahagia..

Cuma..sebagai seorang isteri, kekasih ataupun wanita itu sendiri tetap ada rasa ingin dibelai, dipujuk bila terasa hati..Dan air mata yang jatuh daripada seorang wanita itu bukan air mata yang dipaksa tetapi memang jatuh mengiringi hati yang terluka..

Nolie hanya meluahkan pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian dan sebagai seorang wanita nolie pasti akan menyebelahi  wanita hehe

(mood : swinggggggggg sbb tengah gerhana bulan hahahahaha)

Thursday, November 10, 2011

Gemokkk

Ok..Bila cakap pasal gemok mesti rasa x best kan..Sebelum kahwin, nolie adalah antara org yg slalu kene kutuk sebab kering sgt.. Tapi semuanya berubah lepas kahwin huhuhu...

Sekarang neh bila pergi keje nolie lebih kerap pakai baju kurung sbb nak sembunyikan perot yg dah naik lain macam neh..Rindu pulak time2 g keje pakai kebaya..hurm..

Nolie akan berusaha kembali ke berat yg asal hehe.. Tapi apa pun, En. Hubby tetap cakap nolie COMEL wahahahah  =P

Wednesday, November 9, 2011

outdoor photoshoot yang dah berhabuk uhuk uhuk

Haha..lama giler dah tak menulis..biasalah. banyak keje campur dgn nak ambil mood. Tu yang lama hehe. Nolie akan mula menulis semula sbb dah dekat nak cuti sekolah hahahaha...

Ok, nolie nak tunjuk skit gambar Outdoor photoshoot belah nolie masa majlis 5 bulan yg lepas (erk..5 bulan dah?) =P












Gambar ni adik nolie yang ambil dan edit. Dia baru berjinak-jinak dengan photgraphy neh. Tapi tetap nolie puji hasil dia =)..

Belah En. Hubby? tunggu end of november neh yekk sbb gambar tu lom dapat lagi hhehe..Maklumlah, dah berapa bulan kahwin baru ambil gambar outdoor hahaha.. Sibuk punye pasal..

Nite semua =)

Wednesday, September 14, 2011

Selalu tak sihat

Hurm..Lepas kahwin ni nolie selalu sgt x sihat..Badan asik masuk angin jek..Perut pun selalu kembung.Sekarang pun tengah kembung g uhuhuhu...Dah nak masuk 3 hari badan nolie rasa sakit2 macam kene belasah. Kaki tangan lenguh sangat2. Badan rasa penat sgt. Rasa malas nak buat keje pun ada..Nolie tak tau nape dan apa yg nolie kene makan tuk kuatkan badan ni.

Nolie pernah try dulu makan vitamin c masa anak dara tapi nolie nyer resdung jadi makin teruk bila makan vitamin c tu.Tak taulah. Ada kawan syorkan makan jamu tuk buang angin..Tapi jamu apa yg nak dibeli ekkk..

Nak tanya mak sendiri rasa mak macam x de pun makan makanan tambahan ni. Jamu lagilah macam tak pernah nampak haha..Tapi kawan nolie cakap lepas kahwin mmg akan ada masalah angin banyak dlm badan. Ye ke???? Apa yg nolie kene buat ekk.. =(

Tuesday, September 13, 2011

Suri rumah yg bekerjaya

Dah dua hari mak nolie balik kampung sbb atuk nolie sakit..Semua adik beradik nolie sibuk bekerja. Tinggal ayah, adik lelaki dan anak buah je kat umah. Bila dah mak x ada, makan akan sedikit kelam kabut sbb x ada org di rumah untuk masak tengah hari.

Semalam, sebelum mak nolie pergi, dia dah siapkan makan tengah hari pagi2 lagi tapi sgt simple. Jadi nolie mulakan operasi hehe. balik dari keje nolie terus masak tuk ayah dan adik. Wat tambah lauk. Lepas tu terus kemas dapur dan lipat kain baju. Semalam rasa ok lagi sbb keje kat sekolah kurang sikit. Hari ni nolie rasa agak penat sbb pagi2 dah bangun siap2 pergi keje. kemudian siapkan air dan sarapan untuk ayah. Dah siap semua, terus iron baju untuk En. Hubby. Hari ni pulak kelas nolie agak pack dan nolie balik agak lewat sbb tanda paper trial spm. Balik rumah terus masak untuk rumah sbb mmg x ada lauk langsung ahhaha. Tengah hari td, abang ipar tolong belikan nasi ayam. Penat2 pun bertungkus-lumus jugaklah. Sambil2 angkat baju, basuh baju, dan lipat baju..hURM..time nolie tulis entry neh, dah dekat kul 7 mlm..

operasi malam ni lak, settlekan keje sekolah yg x pernah habis huhuhuhu...

Masa mak ada, manja sgt kan. Bila mak tak ada neh barulah rasa nya jd org perempuan yg kene buat mcm2 keje huhuhu...

Takpelah kan, sekurangnya nolie dah bersedia bila masuk rumah baru nanti hehehehe...

Thursday, September 8, 2011

Rumah idaman

Alhamdulillah, akhirnya nolie dan En.Hubby akan duduk rumah sendiri jugak. Hurm, mula2 plan nak sewa jek. Tapi pakcik En.Hubby nak jual rumah dia, En.Hubby pun plan nak beli umah tu sbb agak murah. Keadaan umah tu memuaskan hati. Kawasan sekeliling pun nampak sangat menarik. lagi pulak dekat dgn masjid dan taman. En. Hubby tak nak beli rumah baru dulu. Dia kan kejenya asik berpindah randah. So, bila dah betul2 tetap kat satu tempat baru kami akan beli rumah idaman kami hehe. Rumah sekarang ni, kalau dah tak duduk boleh sewakan org kan.

Nolie dan En.Hubby dah mula rasa tak sabar & excited huhu. Rumah tu En,Hubby nak betulkan & tambah kabinet semua. Dia pun dah mula tengok2 hiasan dalaman rumah kat internet. Nolie pun dah mula berangan2 nak hias rumah macam mana nanti...Eeeeee happynya. Dah lama rasa nak ada rumah sendiri... Senyum sampai telinga jelah lepas ni hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...