Tuesday, November 29, 2011

wordless wednesday






Gambar honeymoon yang dah basi hahahaha... (mood : tengah rajin wat blogwalking hehe )

Sunday, November 27, 2011

6 month anniversary

Tak sangka dah Masuk setengah tahun Nolie bersama En.Hubby. Pejam celik Pejam celik dah enam bulan kan. Sejak dua menjak Tiga menjak neh banyak sangat jemputan kahwin. Kadang-kadang teringat pulak time kami kahwin dulu ..Rasa cam nak patah balik time tu pun Ada.

Nolie Dan En.Hubby celebrate sambil tengok wayang hehe. Lama lah jugak kami tak tengok wayang berdua. So, malam tadi kami habiskan masa berdua sampai kul 12 malam..sangat happy kan...

Hurm..semoga kami Ada rezeki Anak lepas ni kan.. Doakan kami ye :)

Monday, November 21, 2011

Ikea

Sekarang Nolie sibuk nak cerita tentang umah je kan..hehehhe

Bulan lepas rakan nolie kahwin di KL. Terlanjur ke sana kami singgah di Ikea. Memang saja nak mencari barang2 yang menarik untuk rumah sendiri walaupun sebenarnya rumah belum siap betul =P

Mula2, nolie yang sibuk ajak En. Hubby g ikea sebab nolie mmg tak pernah pergi pun. Masa belajar dekat UKM dulu pun tak rasa nak pergi sbb rumah sendiri belum ada..Duit pun tak ada sbb belajar lagi hahahaha. Tapi bila dah masuk ke Ikea nampak En. Hubby yang agak beria hehe. So, nolie pun pilih barang2 yang berkenan. Nolie tukang tunjuk, En. Hubby tukang bayo. (Rasa best jadi isteri sbb apa kita nak dapat jek hehehe)


Masuk ikea nolie banyak tengok bahagian dapur..menarik


Salah satu barang yang nolie berkenan dan En.Hubby belikan =)


Tadaaaa...skit jek sbb fikir bonet dah penuh dengan barang lain hehe


En.Hubby yang tengah membayooo hehehhe

Barang-barang neh semua masih duduk elok kat dlm bilik rumah kami yg belum siap di renovate lagi tuh..Doakan kami dapat pindah awal bulan 12 yekk =D

Thursday, November 17, 2011

Excited...

Kepenatan sebab beria mengemas meja yang dah x serupa meja kat sekolah..Dah nak mula cuti sekolah, meja guru kenelah dikemaskan huhuhu...Tambah pulak dengan nak menyiapkan semua kerja yang banyak dan kelam kabut sebab semua org sibuk nak balik kg haha.. Tapi, nolie mana ada cuti, koperasi tetap kena beroperasi untuk budak SPM..Haishh.

Eh, tajuk entry excited tapi apasal lak cita pasal keje yg x berapa nak excited neh hehe.. En Hubby dan ambil cuti isnin ni =)

Nolie akan ke KWSP dgn dia tuk keluarkan duit nolie sbb nolie dah tukar skim pencen hehehe..
Kemudia kami akan uruskan rumah kami yang dah 70% siap

Boleh lah survey2 meja makan, sofa dan katil hihi..Tak sabar nak deco rumah tu menjadi rumah idaman..
Chaiyok2 =D

Tuesday, November 15, 2011

Sensitif

Ok, nak cakap tentang sensitif..Bila borak dengan semua wanita2 comel seperti nolie (erk.... = =!) masing-masing akan memberikan jawapan yang sama bahawa mereka pun sensitif jugak macam nolie.. Tapi nolie rasa nolie dah kurang merajuk berbanding sebelum kahwin ataupun cepat untuk memujuk diri sendiri berbanding keras hati masa sebelum kahwin..

Tapi, selepas kahwin, bila kecik hati rasa pedihnya tersangatlah...Mungkin sebab kecik hati dengan seseorang yang bergelar suami berbanding kekasih..

Apa pun yang berlaku dalam keluarga sama ada pergaduhan, pertelingkahan, silap faham semuanya hanyalah asam garam rumah tangga yang membuatkan hidup suami isteri ini penuh dengan warna warni. Yang membezakannya hanyalah cara untuk menangani atau tolak ansur antara suami dan isteri..

Alhamdulillah, setakat ni Nolie dan En. Hubby tak pernah bergaduh tapi mungkin ada silap paham yang membawa kepada sedikit pertelingkahan. Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing sebab sebelum kahwin banyak perkara yang kita cuba jaga untuk memastikan kita adalah seorang yang sempurna tetapi selepas kahwin segala kekurangan akan kita ketahui. Sebagai seorang isteri atau suami perlu menerima kekurangan dan jadikan sebagai kelebihan bagi memastikan rumah tangga kita sentiasa bahagia..

Cuma..sebagai seorang isteri, kekasih ataupun wanita itu sendiri tetap ada rasa ingin dibelai, dipujuk bila terasa hati..Dan air mata yang jatuh daripada seorang wanita itu bukan air mata yang dipaksa tetapi memang jatuh mengiringi hati yang terluka..

Nolie hanya meluahkan pendapat mengikut pengalaman dan pemerhatian dan sebagai seorang wanita nolie pasti akan menyebelahi  wanita hehe

(mood : swinggggggggg sbb tengah gerhana bulan hahahahaha)

Thursday, November 10, 2011

Gemokkk

Ok..Bila cakap pasal gemok mesti rasa x best kan..Sebelum kahwin, nolie adalah antara org yg slalu kene kutuk sebab kering sgt.. Tapi semuanya berubah lepas kahwin huhuhu...

Sekarang neh bila pergi keje nolie lebih kerap pakai baju kurung sbb nak sembunyikan perot yg dah naik lain macam neh..Rindu pulak time2 g keje pakai kebaya..hurm..

Nolie akan berusaha kembali ke berat yg asal hehe.. Tapi apa pun, En. Hubby tetap cakap nolie COMEL wahahahah  =P

Wednesday, November 9, 2011

outdoor photoshoot yang dah berhabuk uhuk uhuk

Haha..lama giler dah tak menulis..biasalah. banyak keje campur dgn nak ambil mood. Tu yang lama hehe. Nolie akan mula menulis semula sbb dah dekat nak cuti sekolah hahahaha...

Ok, nolie nak tunjuk skit gambar Outdoor photoshoot belah nolie masa majlis 5 bulan yg lepas (erk..5 bulan dah?) =P












Gambar ni adik nolie yang ambil dan edit. Dia baru berjinak-jinak dengan photgraphy neh. Tapi tetap nolie puji hasil dia =)..

Belah En. Hubby? tunggu end of november neh yekk sbb gambar tu lom dapat lagi hhehe..Maklumlah, dah berapa bulan kahwin baru ambil gambar outdoor hahaha.. Sibuk punye pasal..

Nite semua =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...