Friday, April 8, 2011

Couple T-shirts

Yeay..nolie dah order couple tshirt tuk nolie dan En.Tune..
Comel tak? Tuk nolie si bride, tuk En.Tune si groom hehe. Mesti nampak sweet je kan bila pakai pas majlis atau mase honeymoon nanti kan kan kan..(erk...tetiba rasa cam gedik lah plak =_='')
Kalau ada sesiapa yang berminat boleh order kat blog Qistin di SINI. Design lain pun ada jugak. Qis kata akan dapat dlm masa 3 hingga 4 minggu. Nolie akan menunggu dengan sabar hehe =P

Wednesday, April 6, 2011

Demonstrasi menangkap ular

Kat sekolah petang tadi ada demo tangkap ular oleh anggota KPA. Sempena aktiviti kokurikulum neh, pihak sekolah jemput KPA untuk buat demo menangkap ular..Budak2 nampak excited lah tapi adegan jerit2 tetap ada..Bukan pompuan yg dok jerit, dak laki pun sama. Cikgu2 pun sama jugak haha..lawak pun ada. So, nolie nak cite sikit apa yg perlu kita buat kalau kita terserempak dengan ular (eh..x de kene mengena ngn majlis kahwin topik neh hahaha)

1. Kalau korang terserempak ngn ular masa korang dating lah kan (erkk =_='') korang jangan bergerak langsung. Sebab, bila korang gerak jek ular tu akan cuba untuk mematuk. Kalau korang diam, ular tu pun diam dan x lama lepas tu dia pun pergi.
2. Sekiranya korang dibelit, jangan lah meronta-ronta. Rileks dan bertenang.

Tu antara cara yg kita kene tahu sekiranya kita terserempak dgn makhluk licin neh. Tapi bila fikir balik, kalau dah terserempak dgn ular, x kan lah x panik kan. Boleh ke nak rileks2.



Nampak x kepala ular tu naik? Dia melompar tau sebelum tu..

Masa neh mulut ular neh belum di salotip..jadi ular neh agak agresif. Lepas tutup mulut dia, ular tu terus lemah

pegawai neh bagi free klu nak bergambo ngn ular hahaha..

lah..neh gambo bila lak neh? ular mana lak sesat neh? haha..neh gambo tahun lepas kat melaka..muka cuak tu =P

Tuesday, April 5, 2011

Dah mula sibuk

Argh..nolie dah mula tensen sbb keje dah mula banyak..Bulan 4 ngn 5 adalah antara bulan yg paling byk keje yg nak disiapkan..Tapi keje urusan majlis nolie x leh lah nak biarkan jek kan kan...Sorry lah bagi b2d yg mintak nolie tunjuk cara nak buat bunga tu nolie belum sempat nak tunjuk. Tapi nolie akan tunjuk jugak okeyy :)

Minggu neh En. Tune x lik JB. Dia nak g tengok F1 kat sepang..ceh ..ceh..dan ceh lagi. Tak pelah, bagi dia can kan haha. Nolie dah mula tulis kad sikit2. Tapi x sampai 50 pun lagi. Kad nye ader 1000.Haishhh...bila nak siap tak taulah. Ujung bulan neh nolie de kursus lak tu. Semoga apa yg dirancang berjalan lancar. Dah mula rasa berdebar dan excited huhu

Monday, April 4, 2011

Gemoksss

Hurm..Jumaat lepas masa En.Tune ambil nolie kat umah, mak nolie cakap yg En.Tune dah berisi huhu..Tu dalam ayat yg sopan ler kighenyerrr..Tapi dalam ayat yg kaso skit dah gemokss haha. Mmg org nak kawen badan naik ke?Org kata sebab senang ati?betul ke?org kata gak sbb nolie pandai jaga hahaha..Apa yg nolie jaga klu dah dia dok sorang2 kat Kuantan tu ha. Tapi nolie suka En.Tune berisi haha.

Tu kes En.Tune. Kes nolie pulak? masa belajar dulu berat nolie ngam2 45 kg. Nasib baik lepas derma darah huhu..Pas keje berat nolie dalam 50 kg lah. Tahun lepas berat nolie 51kg jek. Tahun neh??????cuba teka cuba teka hahahaha. 55 kg okeyyyyy sekali lagi 55..Tiga minggu lepas nolie timbang dah jd 55.8 kg. ha! hambik ko nolie. Neh lah pompuan, masa kurus kering dulu sibuk nak berat naik. Bila dah naik, dok risau pulak. Bukan apa, nak kahwin kan. Perut dan naik cam gunung dah haha. Sekarang neh, tiap2 malam nolie sapu losyen mustajab tu dengan harapan pakai baju pengantin nampak perfect lah ahha.. Semoga harapan itu menjadi satu kenyataan =_=''.. Mungkin betul lah org kata kalau nak kahwin badan mmg senang nak naik sbb senang hati hahahaha

Sunday, April 3, 2011

Bunga Pahar dah S.I.A.P

YEAYYYY..akhirnya siap jugak bunga pahar DIY nolie...Dah boleh mulakan aktiviti menulis kad pulak lepas neh..Tetiba rasa excited lebih lak bila dah siap hahahaha. Yok tengok hasil nyer yg simple tapi memuaskan ati neh hehehehhe


Dalam kotak neh ada 59 kuntum bunga pahar daripada crepe paper hehe..Napa ader 59 jek? sbb satu kuntum patah hahaha..nolie malas nak buat yg baru. Kat pahar nanti akan letak 25 jek sbb kalau letak 30 jadi penuh sangat pulak. Kombinasi warna maroon dan pink hihi..I Loikeeee
Bentuk bunga dia macam yg pink neh..ok tak? Kene simpan elok2 sbb anak sedara geram jek ngn bunga2 neh hihi..Ada sesapa nak blaja ke =P

Saturday, April 2, 2011

Tunda lagi

Ada 20 batang bunga pahar lagi nolie lom siapkan..Ingat nak siapkan malam neh huhu..Dah dok layan AF yg ntah pape jek tu leh lak x buat bunga tu..Jumaat malam ngn Sabtu malam nolie dok depan Tv jelah nampaknya . Jumaat de maharaja lawak, sabtu de AF yg ntah pape tu haha (tapi ko suka gak tengok kan haha).. apa2 pun maharaja lawak mmg terbaikkkkk hehehe..

Nite sume ZZzzzzzzz

Hantarans hunting part 2

Nolie dah dapat baju kurung dah siap untuk hantaran nolie. Semalam En. Tune cuti. So, nolie ajak dia g kotaraya jek cari baju kurung yg dah siap untuk hantaran. Nolie cari chiffon yg plain jek tapi ada sulam dan beads. Warna peach hehe. Kalau ikutkan nolie nak survey lagi kat tempat lain tapi fikir balik takut x sempat pulak sebab macam2 lagi nak dibuat. So, nolie ambil jelah yg dah berkenan tu. En. Tune belanja baju kurung tuk kerja sekali hehehehehe...

Kat Persada ada buat PC fair. Kitorang pergilah sekali survey2 netbook kat sana. Survey harga jek sbb nak beli lambat lagi. Nanti rugi warranty. Apa pun nolie sangat happy semalam sbb jumpa En. Tune. Maklumlah dah 2 minggu x jumpa hahahaha..(baru  2 minggu?haishh macam lama jek rase :p)

En. Tune belanja baju kurung dah siap tuk keje kat sini hehe..

Comel tak Asus yg pink tu? comel kan?akan di aim tuk hantaran nolie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...