Monday, April 25, 2011

Alhamdulillah

Hari neh kat tempat keje mood walaupun agak sikit bengang dan stress tapi dtg happy di saat2 akhir hehehe. hari neh ada meeting panitia. 9 hb nanti form 4 & 5 dah mula exam. Nolie sepatutnya kene buat soklan tuk dak form 5. Kene submit jumaat neh paling lewat. Nolie mmg tengah nak start wat tapi hold dulu sbb kene siapkan menda lain yg lebih penting. Jadi nolie mmg agak stress sbb byk sgt yg nak disiapkan minggu neh. Hujung minggu neh jugaklah nolie bengkel 3 hari. Mana tak terkeja2.Lik umah lak mcm2 benda kene disiapkan tuk majlis. Tapi, tadi ketua bidang nolie ckp kat nolie, soklan form 5 nolie tak yah buat. Dia yg akan buatkan. Nolie terkejut jugak. Tanya balik kat dia kenapa kan. Pastu ketua bidang nolie ckp, x pelah dia buat. Nolie pun skang dah x fokus dah ahhahahahahahahha. Alhamdulillah lah. Mungkin sbb nolie byk tlg dia wlaupun dia mintak buat apa2 last minute. Tulah Allah kata kan, bila org susah kita tlg, bila kita susah org pulak tlg.

Nolie jugak dpt coklat daripada member hehehhe. Dua kali dia nak belanja nolie mkn sbb bantu dia hantar budak pergi pertandingan. tapi dua2 kali tu jugak nolie x pergi. Jadi dia ganti dgn coklat.

Okey, berbalik kepada tajuk sebenar, nolie dah selamat berjumpa dgn kadi yg akan nikahkan kami nanti. Niat tuk ambil berkat hari jumaat tak kesampaian sbb siang jumaat semua waktu dah ada yg nikah. Nolie terlambat. Terpaksa nikah kul 8.00 mlm. Lepas isya pun kadi tu ada nikahkan org lain. Hurm..sedikit sedih sbb nolie mcm x sempat nak khatam mlm tu. Niat nak berzanji pun x kesampaian jugak...Sedih2...Tapi alhamdulillah masih ada waktu yg nolie leh nikah 27 mei tu. Semoga semuanya lancar..Aminnn

2 comments:

Unknown said...

la kita sama ek cikgu hehehe... samala sebelum jumaat kena siapkan kertas soalan huaaaaaaaaaaaaaa :p

nolie said...

2 lah pasal..hehe. Chayok2 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...