Tuesday, April 26, 2011

Mengadap kad kahwin

Dah berapa malam nolie tido lewat sbb nak siapkan tulis kad kahwin..Walaupun dlm kepala fikir keje skolah yg x siap2 lagi tapi kene tulis jugak kad tu sbb dah lewat dah neh. Kawan2 nyer kad nolie x start lagi. Saudara mara pun baru sikit. Tapi jiran2 Alhamdulillah dah selesai. Apa2 pun kene settlekan semua keje sebab lusa nolie berbengkel 3 ari...Penatnya rasa...

Monday, April 25, 2011

Alhamdulillah

Hari neh kat tempat keje mood walaupun agak sikit bengang dan stress tapi dtg happy di saat2 akhir hehehe. hari neh ada meeting panitia. 9 hb nanti form 4 & 5 dah mula exam. Nolie sepatutnya kene buat soklan tuk dak form 5. Kene submit jumaat neh paling lewat. Nolie mmg tengah nak start wat tapi hold dulu sbb kene siapkan menda lain yg lebih penting. Jadi nolie mmg agak stress sbb byk sgt yg nak disiapkan minggu neh. Hujung minggu neh jugaklah nolie bengkel 3 hari. Mana tak terkeja2.Lik umah lak mcm2 benda kene disiapkan tuk majlis. Tapi, tadi ketua bidang nolie ckp kat nolie, soklan form 5 nolie tak yah buat. Dia yg akan buatkan. Nolie terkejut jugak. Tanya balik kat dia kenapa kan. Pastu ketua bidang nolie ckp, x pelah dia buat. Nolie pun skang dah x fokus dah ahhahahahahahahha. Alhamdulillah lah. Mungkin sbb nolie byk tlg dia wlaupun dia mintak buat apa2 last minute. Tulah Allah kata kan, bila org susah kita tlg, bila kita susah org pulak tlg.

Nolie jugak dpt coklat daripada member hehehhe. Dua kali dia nak belanja nolie mkn sbb bantu dia hantar budak pergi pertandingan. tapi dua2 kali tu jugak nolie x pergi. Jadi dia ganti dgn coklat.

Okey, berbalik kepada tajuk sebenar, nolie dah selamat berjumpa dgn kadi yg akan nikahkan kami nanti. Niat tuk ambil berkat hari jumaat tak kesampaian sbb siang jumaat semua waktu dah ada yg nikah. Nolie terlambat. Terpaksa nikah kul 8.00 mlm. Lepas isya pun kadi tu ada nikahkan org lain. Hurm..sedikit sedih sbb nolie mcm x sempat nak khatam mlm tu. Niat nak berzanji pun x kesampaian jugak...Sedih2...Tapi alhamdulillah masih ada waktu yg nolie leh nikah 27 mei tu. Semoga semuanya lancar..Aminnn

Sunday, April 24, 2011

Borang nikah dah hantar

Hari neh excited skit nak post sbb umah dah cat hehehe..Lantai pun dah berubah kaler..?Tetiba rasa cam raya lah pulak. (mood nak nyanyi lagu raya hahahahaha). Okey, merujuk kepada perkara di atas...erk.. =_=''..Borang nikah kami sudah selamat dihantar walaupun penuh cabaran yg kami terpaksa tempuh huhuhu (sadis tak ayat?)..Kami terpaksa meredah hujan, kami terpaksa menekan mesin ambil nombor berulang kali walaupun dlm hati dah tau yg mesin tu rosak..Haishhhh..Kami terpaksa berebut untuk mendapatkan tempat di kaunter..Dan kami terpaksa menjawab soalan interview yg paling susah untuk dijawab ----> ..."Awak anak ke berapa?"

Bila ingat2 balik lawak pun ada. Time tu lah pulak nombor rosak, time tu jugaklah ramai sgt org. Nolie dgn En.Tune panas jek tunggu sbb setiap pasangan duduk kat kaunter sampai 15 minit. Ustaz tu pulak siap ckp, 4.30 kaunter tutup. Siapa yg terlepas 4.30 boleh dtg minggu depan..Tak ke berderau darah denga sbb time tu dah dekat kul 4 dan org masih ramai lagi. Nolie tak berapa kesah tapi En.Tune kene lik Kuantan.Kesian pulak dia kene ambil cuti lagi. Tapi bila dah dekat 4.30, dorang terus bukak 3 kaunter. Pastu dengan keadaan yg cepat dorang berusaha menyelesaikan semua urusan. Alhamdulillah, borang selamat di hantar. Bila dah lambat, kami tak kene interview pun. Ustaz tu pun kata dia dah malas nak tanya hahaha.Sekali lagi alhamdulillah. Sekarang tunggu ayah jek telefon kadi untuk serah borang pada dia.

Kul 5 lebih baru semuanya selesai. En.Tune dah kebulur huhu. Kitorang singgah larkin makan sambil menyejukkan hati yg panas sbb lama menunggu =)


Huishhh berasap ha..


Tahu bakar yg sgt best dan ABC yg slurppppp

Saya dak tak reti amik gambo depan cerminnnn..

Saturday, April 23, 2011

Mak dah bising

Nolie nak post pasal submit borang nikah ngn En.Tune semalam..Tapi belum ada mood lagi lah.Rasa badan cam penat sgt2 smpai nak tulis pun x de mood. Akak nolie kata nolie dah nampak makin kurus..Muka dah mula nampak cengkung ckit berbanding sebelum neh..Mak pulak dah bising sbb nolie kurang minum air masak..Sbb tu asik x brapa sihat jek.. Kesihatan kene jaga tapi nolie dah mula sibuk sgt2 ngn keje kat skolah. Nolie dah mula STRESS...

Thursday, April 21, 2011

dub dap dub dap

Nolie cuak sgt sbb esok nolie ngn En.Tune akan hantar borang nikah kami. Kene bersedia untuk di interview..cuaknyer...Nolie nak study lah skit sebelum tido..hehe =P

Tuesday, April 19, 2011

Bunga roset tuk majlis

Okey, nolie dah post contoh2 bunga roset mak. Kali neh nolie nak tunjuk nolie nyer pulak.


Bunga roset ni nolie buat untuk budak2 kompang. Ada 17 semuanya. Simple kan =)

 Nolie nak tunjuk cara nolie buat bunga neh. Senang je pun. Tangan org tak berseni lah katakan haha. Cari yg mudah2 jelah. Asal nampak duitnye kan =P


Mula2 lipat duit jadi seperti gamba kat atas neh



Oleh kerana bunga nolie beli comel jek sbb tuk dak lelaki, jadi, duitnya nolie pastikan kecik jugak belah hadapan. Sebab tu nolie lipat dua kali.

Untuk tidak merosakkan duit apabila ditampal pada bunga, nolie stapler kan dengan kertas. Jadi, kat kertas yg akan nolie letakkan gam dan tampal pada bunga.

Seterusnya tampal pada bunga betul2 atas pin.

Tadaaaa..ok tak?

 Duit RM5 lebih cantik bila buat mcm neh berbanding RM10 sbb duit 10 neh beso skit. Mula2 nolie nak buat design lain tuk duit 10 neh tapi rasa cam leceh pulak haha..Mak kata ok jek, nolie pun jalan jelah ikut design yg sama. RM10 untuk kwn2 mak yg kendarat dan rewang masa majlis nanti..Nolie buat 36 semuanya.


 Tinggal 1 bulan, 1 minggu dan 1 hari lagi..Banyak lagi yang x siap. Kad pun x sambung2 tulis hahahha.. Chayok2 =D

Monday, April 18, 2011

Bunga Roset mak

Ok, kali neh nolie nak cerita tentang bunga roset ataupun org panggil bunga dada. Kalau majlis pakai catering mungkin x guna bunga roset neh. Memandangkan majlis nolie ada tukang masak yg masak, ada yang tolong rewang dan ada orang yang kendarat (ada negeri panggil penanggah kot huhu), bunga roset neh diperlukan lah.

Mak nolie ketua kendarat area taman nolie. Masa majlis nanti kawan2 dialah yang akan melayan org makan. Bunga roset mak banyak. Jadi nolie jadikan contoh daripada bunga2 yang dia pernah dapat.

Menarik kan? Dia guna 5 keping duit singgit.Tapi nolie x suka sbb menonjol sgt duit dia haha

Yang neh nolie rase nice. Nolie mmg buat guna contoh yg neh pun =)

Suka jugak tapi duit berlipat sgt nanti

Saya ada kepak hahahaha

Yang neh bukan duit dia yg menarik, tapi bunga dia drpd sapu tangan hehe. Sgt unik

Nolie x tau lah macam mana dia lipat duit neh..berseni sungguh

Telah di close up hehe

Sgt cute kan >_<
Okey..banyak contoh yg nolie dah tunjuk. Yang nolie punyer dah SIAP dah pown hehehhehehe. Nanti nolie post yg nolie dah buat dgn tutorial skali okey =)

Saturday, April 16, 2011

Aktiviti hari ini =D

Hari sabtu yg mendamaikan cewahhh..Minggu neh nolie x ada apa2 pada hari sabtu jadi mak ambil kesempatan jumpa kawan dia. So, nolie meneruskan tugas sebagai suri rumah hehe. Pastu nolie ambil kesempatan siapkan sikit tapak tuk alas dulang hantaran nolie. Kene buat sikit2 sebab takut x sempat huhu..



Selesai siap2kan tapak dulang pinky neh, nolie siap2 nak g jumpa En.Tune. Mula2 rasa cam x nak jumpa dia sbb majlis dah nak dekat kan. Tapi x leh lah...rinduu haha. Nolie teragak nak makan KFC sbb rasa cam dah lama x makan. So, En.Tune pun belanja makan kat sana. Pastu dia belanja lak makan yogurt kat Tutti frutty yang sgt yummy.



Sedapnyerrr...Nanti kita g lagi yek En.Tune

Erk..Sajek jek pakcik sorang neh nak tayang HP dia..Haishhhh

 Selepas mengenyangkan perut dgn makan makan dan makan..Kitorang pun meneruskan perjalanan ke Metrojaya sebab nolie nak beli perfume. Perfume nolie dah abis. Nak tunggu yg hantaran nyer sebulan lagi huhu. En.Tune pun nak cari barang sikit untuk umah akak dia.


En.Tune beli tempat lilin warna merah sebab umah SIL tema merah putih hitam.

Hiasan lilin neh nolie mmg sgt berkenan tapi SIL nyer. Nolie terfikir nak hias bilik tido masa majlis nanti. Akan dipertimbangkan hehe
 Selepas membeli belah barang En.Tune, nolie cari perfume nolie pulak. X ada sale, so harga mahal lah. Nolie nak beli sendiri tapi tetiba En.Tune dengan murah hati nak belanja hehehehe..100ml lak tu. Sangat2 suka. Senyum lebor nolie sampai balik haha. Terima kasih tunangku. Semoga kamu terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu..Aminn




Friday, April 15, 2011

Chayok2

Nolie dah berjaya siapkan tanda paper exam tadi hehe..En. Tune bising sbb nolie lik lambat haha. Nolie kene siapkan gak tadi sbb kalau x siapkan, nolie kene tanda kat umah. Bila dah tanda kat umah, nolie confirm x sempat nak siapkan apa2 untuk majlis nanti. So, plan nolie, mlm neh sambung tulis kad sikit. Sok pulak siapkan bunga roset. Pastu lusa boleh siapkan lagi apa2 yg patut kan :)

chayok2 nolie :D

Wednesday, April 13, 2011

Makan damai

Menu makan pengantin serta VIP (keluarga En.Tune), makan majlis nikah dan makan malam khatam telah dibincangkan ahad lepas..Seminggu sebelum majlis akan diconfirmkan sekali lagi. Sekarang kene sediakan duit jek huhu..Excited sbb makan best ahhahaha (macamlah berselera nak mkn time tu =_+). Untuk family En.Tune, nolie dah sediakan 3 meja VIP untuk dorang dan menu makan damai pun ada jugak nolie sediakan khas untuk dorang. Harap2 dorang dapat layanan yg d best daripada family nolie.

Tuesday, April 12, 2011

Fitting baju sanding

Semalam nolie jumpa akak bridal tuk bincang pasal pelamin, khemah, bilik tdo dan semua2 lah. Ada yang ditambah, ada yg nak dibincang lagi. Baju sanding dah siap. Cuma masih nak tambah beads2 lagi. Belum siap sepenuhnya. Baju nikah masih belum siap. Tengok pun x dpt lagi. Harap2 cantik lah kan. Memandangkan nolie nak chiffon putih, lambat sikit pun x kesahlah asalkan hasilnya ikut apa yg nolie request. Nolie puas ati dgn baju sanding tapi still kene pakai inner sbb nolie bertudung. Jumpa lagi skali nanti nolie nak try dgn tudung2 sekali sbb nak pastikan tudung 2 kene dgn muka nolie. Nolie jarang pakai merah atau maroon. Kali neh bersanding satu kelainan sbb nolie pilih maroon.

 Sikit jek tunjuk.Yang belah atas rahsia hehehehe..Nolie suka kain kembang2 meleret neh. Macam cinderella =)

Saturday, April 9, 2011

Pilihan lagu tuk video nikah

Hurm..hari ahad untuk berehat dan tido hehe..Segala keje kita bia dulu ar. Penat sbb smalam keje haha. Ok, nolie nak cita tentang lagu2 yang nolie pilih untuk video majlis nikah nanti. Videographer nolie mintak senaraikan 5 lagu yang nolie nak tuk video nolie nanti. Belum lagi email kat dia sbb belum buat keputusan dan belum sempat bincang dgn En.Tune lagi. Nolie senaraikan lagu2 yg nolie suka k :)

1. Bruno Mars - Just d way you are
2. Dakmie - Yang terindah (ost adamaya)
3. Ungu- Tercipta untukku
4. I'm yours - jason marz
5. Akim - inilah cinta
6. Ungu - lagu cinta
7. Barakallah - Maher Zain

Ni antara lagu2 yg nolie suka lirik dia dan mungkin yg sesuai untuk jadi lagu tema. Tapi nolie belum betul2 bincang ngn En.Tune. Tapi mungkin 5 yg terats tulah yg akan nolie email kat videografer nolie InsyaAllah. Kawan2 rasa ok tak? Kalau ada pilihan lagu lain yg lebih best bitau lah nolie yek :)

(En.Tune tengah excited nak tengok F1 petang neh kat sepang..Dah sampai KL dah pun.Jangan lupa tunang dia neh yekk =D)

Tshirt untuk family lelaki

Family nolie yg perempuan nolie dah belikan kain awal2 untuk dorang buat baju. Untuk lelaki, nolie x berapa pandai nak pilih jenis kain tshirt. So, nolie pilih jek kain jersey sbb x nak dorang panas bila wat keje masa majlis nanti. Cuma mungkin ada yg x bape suka pakai kain jersey kan sebab nampak ketat skit bila pakai. Tapi kan kan kan, adik nolie dah pakai wat main badminton..sabo jelah huhu



Nolie mula nak pilih warna maroon bia sama dgn theme nolie nanti tapi tshirt klu maroon x cantiklah. So, nolie pilih warna merah. Ok tak? belakang nolie print skit letak tarikh keramat hahaha..Sape x pakai time majlis nanti nolie ngajuk!

Friday, April 8, 2011

Couple T-shirts

Yeay..nolie dah order couple tshirt tuk nolie dan En.Tune..
Comel tak? Tuk nolie si bride, tuk En.Tune si groom hehe. Mesti nampak sweet je kan bila pakai pas majlis atau mase honeymoon nanti kan kan kan..(erk...tetiba rasa cam gedik lah plak =_='')
Kalau ada sesiapa yang berminat boleh order kat blog Qistin di SINI. Design lain pun ada jugak. Qis kata akan dapat dlm masa 3 hingga 4 minggu. Nolie akan menunggu dengan sabar hehe =P

Wednesday, April 6, 2011

Demonstrasi menangkap ular

Kat sekolah petang tadi ada demo tangkap ular oleh anggota KPA. Sempena aktiviti kokurikulum neh, pihak sekolah jemput KPA untuk buat demo menangkap ular..Budak2 nampak excited lah tapi adegan jerit2 tetap ada..Bukan pompuan yg dok jerit, dak laki pun sama. Cikgu2 pun sama jugak haha..lawak pun ada. So, nolie nak cite sikit apa yg perlu kita buat kalau kita terserempak dengan ular (eh..x de kene mengena ngn majlis kahwin topik neh hahaha)

1. Kalau korang terserempak ngn ular masa korang dating lah kan (erkk =_='') korang jangan bergerak langsung. Sebab, bila korang gerak jek ular tu akan cuba untuk mematuk. Kalau korang diam, ular tu pun diam dan x lama lepas tu dia pun pergi.
2. Sekiranya korang dibelit, jangan lah meronta-ronta. Rileks dan bertenang.

Tu antara cara yg kita kene tahu sekiranya kita terserempak dgn makhluk licin neh. Tapi bila fikir balik, kalau dah terserempak dgn ular, x kan lah x panik kan. Boleh ke nak rileks2.



Nampak x kepala ular tu naik? Dia melompar tau sebelum tu..

Masa neh mulut ular neh belum di salotip..jadi ular neh agak agresif. Lepas tutup mulut dia, ular tu terus lemah

pegawai neh bagi free klu nak bergambo ngn ular hahaha..

lah..neh gambo bila lak neh? ular mana lak sesat neh? haha..neh gambo tahun lepas kat melaka..muka cuak tu =P

Tuesday, April 5, 2011

Dah mula sibuk

Argh..nolie dah mula tensen sbb keje dah mula banyak..Bulan 4 ngn 5 adalah antara bulan yg paling byk keje yg nak disiapkan..Tapi keje urusan majlis nolie x leh lah nak biarkan jek kan kan...Sorry lah bagi b2d yg mintak nolie tunjuk cara nak buat bunga tu nolie belum sempat nak tunjuk. Tapi nolie akan tunjuk jugak okeyy :)

Minggu neh En. Tune x lik JB. Dia nak g tengok F1 kat sepang..ceh ..ceh..dan ceh lagi. Tak pelah, bagi dia can kan haha. Nolie dah mula tulis kad sikit2. Tapi x sampai 50 pun lagi. Kad nye ader 1000.Haishhh...bila nak siap tak taulah. Ujung bulan neh nolie de kursus lak tu. Semoga apa yg dirancang berjalan lancar. Dah mula rasa berdebar dan excited huhu

Monday, April 4, 2011

Gemoksss

Hurm..Jumaat lepas masa En.Tune ambil nolie kat umah, mak nolie cakap yg En.Tune dah berisi huhu..Tu dalam ayat yg sopan ler kighenyerrr..Tapi dalam ayat yg kaso skit dah gemokss haha. Mmg org nak kawen badan naik ke?Org kata sebab senang ati?betul ke?org kata gak sbb nolie pandai jaga hahaha..Apa yg nolie jaga klu dah dia dok sorang2 kat Kuantan tu ha. Tapi nolie suka En.Tune berisi haha.

Tu kes En.Tune. Kes nolie pulak? masa belajar dulu berat nolie ngam2 45 kg. Nasib baik lepas derma darah huhu..Pas keje berat nolie dalam 50 kg lah. Tahun lepas berat nolie 51kg jek. Tahun neh??????cuba teka cuba teka hahahaha. 55 kg okeyyyyy sekali lagi 55..Tiga minggu lepas nolie timbang dah jd 55.8 kg. ha! hambik ko nolie. Neh lah pompuan, masa kurus kering dulu sibuk nak berat naik. Bila dah naik, dok risau pulak. Bukan apa, nak kahwin kan. Perut dan naik cam gunung dah haha. Sekarang neh, tiap2 malam nolie sapu losyen mustajab tu dengan harapan pakai baju pengantin nampak perfect lah ahha.. Semoga harapan itu menjadi satu kenyataan =_=''.. Mungkin betul lah org kata kalau nak kahwin badan mmg senang nak naik sbb senang hati hahahaha

Sunday, April 3, 2011

Bunga Pahar dah S.I.A.P

YEAYYYY..akhirnya siap jugak bunga pahar DIY nolie...Dah boleh mulakan aktiviti menulis kad pulak lepas neh..Tetiba rasa excited lebih lak bila dah siap hahahaha. Yok tengok hasil nyer yg simple tapi memuaskan ati neh hehehehhe


Dalam kotak neh ada 59 kuntum bunga pahar daripada crepe paper hehe..Napa ader 59 jek? sbb satu kuntum patah hahaha..nolie malas nak buat yg baru. Kat pahar nanti akan letak 25 jek sbb kalau letak 30 jadi penuh sangat pulak. Kombinasi warna maroon dan pink hihi..I Loikeeee
Bentuk bunga dia macam yg pink neh..ok tak? Kene simpan elok2 sbb anak sedara geram jek ngn bunga2 neh hihi..Ada sesapa nak blaja ke =P

Saturday, April 2, 2011

Tunda lagi

Ada 20 batang bunga pahar lagi nolie lom siapkan..Ingat nak siapkan malam neh huhu..Dah dok layan AF yg ntah pape jek tu leh lak x buat bunga tu..Jumaat malam ngn Sabtu malam nolie dok depan Tv jelah nampaknya . Jumaat de maharaja lawak, sabtu de AF yg ntah pape tu haha (tapi ko suka gak tengok kan haha).. apa2 pun maharaja lawak mmg terbaikkkkk hehehe..

Nite sume ZZzzzzzzz

Hantarans hunting part 2

Nolie dah dapat baju kurung dah siap untuk hantaran nolie. Semalam En. Tune cuti. So, nolie ajak dia g kotaraya jek cari baju kurung yg dah siap untuk hantaran. Nolie cari chiffon yg plain jek tapi ada sulam dan beads. Warna peach hehe. Kalau ikutkan nolie nak survey lagi kat tempat lain tapi fikir balik takut x sempat pulak sebab macam2 lagi nak dibuat. So, nolie ambil jelah yg dah berkenan tu. En. Tune belanja baju kurung tuk kerja sekali hehehehehe...

Kat Persada ada buat PC fair. Kitorang pergilah sekali survey2 netbook kat sana. Survey harga jek sbb nak beli lambat lagi. Nanti rugi warranty. Apa pun nolie sangat happy semalam sbb jumpa En. Tune. Maklumlah dah 2 minggu x jumpa hahahaha..(baru  2 minggu?haishh macam lama jek rase :p)

En. Tune belanja baju kurung dah siap tuk keje kat sini hehe..

Comel tak Asus yg pink tu? comel kan?akan di aim tuk hantaran nolie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...